PENGGERAK #UNDIROSAK DEDAHKAN PAKATAN SANGGUP GADAI PRINSIP DEMI KUASA

Aktivis penggerak kempen #undirosak, Maryam Lee Mohamad Ramli Lee menyifatkan pembangkang terlalu terdesak sehingga sanggup menggadaikan segala prinsip merangkumi anti perkauman untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya pembangkang turut mengamalkan budaya politik taksub serta mempergunakan sentimen agama sehingga memungkinkan budaya politik Malaysia tidak akan matang.

Tegasnya, kemasukan PPBM ke dalam Pakatan Harapan (PH) juga menghapuskan segala legitimasi mereka untuk mengubah budaya politik negara.

“Apabila pemimpin mengamalkan politik toksik seperti itu, maka tidak hairanlah pengikutnya juga taksub berlebihan dan membuli sesiapa sahaja yang dilihat lawan,” kata Maryam (foto) dalam temubual bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Maryam mengulas kempen #UndiRosak dimulakannya pada Januari sehingga didakwa diupah bagi membantu BN memenangi PRU14.

Kempen berkenaan kini tular menerusi laman sosial yang mengajak golongan muda agar merosakkan undi pada pilihan raya umum akan datang apabila gadis berusia 26 tahun itu dilaporkan memberi alasan tiada perbezaan memilih di antara BN atau PH.

Mengulas perkara itu Maryam berkata beliau melihat pembangkang tidak bersetuju dengan kempen yang digeraknya kerana tidak menyebelahi mereka.

“Sebenarnya, pendirian politik saya adalah berdasarkan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan dan kesejahteraan rakyat.

“Sesiapa sahaja yang saya lihat tidak mendokong prinsip-prinsip itu akan saya kritik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana