KEMANA HILANGNYA WANG UNTUNG RM756 JUTA HASIL JUAL TANAH IJOK?

Barisan Nasional (BN) negeri mahu Kerajaan PKR Selangor menjelaskan kepada rakyat ke mana keuntungan kira-kira RM756 juta hasil daripada penjualan tanah di mukim Ijok, Kuala Selangor yang bernilai RM1.18 bilion telah disalurkan.

Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman berkata, tindakan kerajaan negeri itu yang membenarkan dua syarikat pemaju sebelum ini untuk menjual tanah tersebut dengan harga pasaran semasa kepada pihak ketiga sangat menghairankan.

Katanya, ini kerana kesemua peneroka yang terlibat dalam penjualan tanah itu hanya memperoleh pampasan RM421 juta berbanding hasil penjualan tanah itu yang mencecah RM1.18 bilion.

‘‘Agak menghairankan apabila pampasan yang diberikan kepada peneroka mengikut harga lama iaitu mengikut harga 18 tahun dahulu sedangkan penjualan tanah dibuat mengikut harga semasa,’’ kepada pemberita selepas mengadakan program Jelajah Kasih Negeriku Selangor di Ladang Fermanagh, Sungai Pelek di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penga­rah Komunikasi Stra­tegik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dah­lan baru-baru ini yang me­nuntut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan mengenai tindakan tergesa-gesanya membenarkan dua syarikat swasta menjual tanah di mukim Ijok bernilai RM1.18 bilion kepada sebuah syarikat lain sebelum proses pe­ringkat Mahkamah Persekutuan selesai dijalankan.

Berikutan itu, kata Satim, BN Selangor bersama peneroka terlibat akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu hadapan berhubung skandal penjualan tanah itu.

Sementara itu, Ketua Penerang­an Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruslan Kasim menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak terus berdiam diri berhubung isu tanah di mukim Ijok itu.

Katanya, Mohamed Azmin perlu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan pelbagai pihak dan tidak boleh dilihat cuba melin­dungi sesuatu yang diragukan, apatah lagi jika ia membabitkan kepentingan pemodal dan kroni.

“Sebagai pemim­pin, beliau harus bertanggungjawab kerana difahamkan Mohamed Azmin terlibat dalam membuat keputusan dan memberi arahan ketika mengendalikan isu tanah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ruslan, banyak persoalan berbangkit akibat daripada tindakan Mohamed Azmin itu, antaranya kes belum diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dan layanan istimewa kepada LBCN Development Sdn. Bhd. dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. yang mempunyai rekod buruk selain berstatus RM2 dan tidak aktif.

Dalam masa sama, Ruslan turut mempersoalkan individu atau pihak mana yang telah menerima bayaran daripada Mohamed Azmin kerana difahamkan sebahagian besar pampasan sudah pun diselesaikan kepada para peneroka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana