Jangan tunggu sampai YB naik angin…Terrrr....Kita Tabik Lah

Berbeza sikit dengan YB lain kalau jenguk ke laman facebook Datuk Abu Bakar Mohamad Diah memang ada sesuatu yang menarik.

Pada kebanyakan postingnya YB kawasan Tangga Batu di Melaka ini kerap gunakan tagline ‘Setiap Hari Saya Mesti Rajin. Kita Kena Buat Kerja Berfaedah...’

Sebenarnya itulah yang diharapkan dari setiap YB.

Kita kena tabik spring kepada Datuk Abu Bakar yang juga Timbalan Menteri at Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kerana beliau cakap serupa bikin.

Setiap YB ada stail masing-masing.

Kisah Datuk Abu Bakar ini agak sempoi sikit bila beliau naik angin dan kelmarin bikin sensasi ambil gambar sedang berdoa di depan lubang jalan yang tidak diturap.

Kita boleh faham kenapa Datuk Abu Bakar jadi geram.Sudah sebulan beliau komplen jalan itu tidak diturap.

Gara-gara ’posing maut’ beliau jalan itu terus diturap oleh pihak berkuasa berkenaan.

Bab jalan berlubang ini memang nampak kecil di mata sesetengah orang.

Sebaliknya bayangkan jika penunggang motosikal lalu di situ.Jawabnya melambung dan boleh bawa maut.

"Takkan hendak tunggu sampai benda buruk terjadi baru hendak ambil tindakan. Alhamdulillah selesai kerja dan tanggungjawab saya kepada rakyat, khususnya pengguna yang melalui jalan itu," katanya.

Datuk Abu Bakar mengaku sengaja duduk di tengah laluan berlubang dekat Jalan Bukit Berlian dalam kawasan Parlimen beliau , dalam keadaan berdoa itu dibuat selepas tiada pihak tampil melakukan penurapan walaupun masalah itu berlarutan sejak sebulan lalu.

"Mungkin dengan cara viral begini lebih berkesan," katanya.

Ada macam-macam reaksi muncul mengenai aksi Datuk Abu Bakar.Ada yang pro dan ada yang kontra.

Apapun pokok pangkalnya…pihak berkuasa seperti Pejabat Daerah,Majlis Perbandaran dan sebagainya harus peka untuk bertindak segera pada aduan lebih-lebih lagi libatkan keselamatan orangramai.

Jangan pula nanti kalangan YB di seluruh negara kena fikir aksi yang lebih kreatif untuk desak tindakan segara pada aduan mereka. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana