“JALAN SEMALAM SUDAH SIAP DI TAMPAL SEMENTARA, KIRA SELESAI….”

Jika semalam Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah mengejutkan netizen apabila beraksi seolah-olah sedang berdoa di sebatang jalan yang berlubang di kawasan yang diwakilinya, hari ini beliau kelihatan ceria.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi memaklumkan dalam laman Facebook rasminya pagi tadi yang lubang tersebut telah ditampal.

” 9.00pg Sudah Siap Nak Masuk Kawasan Sekarang… Tangga Batu…..Lubang Mana Pulak Nak Kena Duduk dan Berdoa Hari Ini….. Jalan Semalam Sudah Siap Di Tampal Sementara. Kira Selesai…. Hari Khamis Baru Mereka Turap Baru Yg Betul Kata Mereka.

” Setiap Hari Saya Mesti Rajin. Kita Kena Buat Kerja Berfaedah,” kata beliau.

Nampaknya tak sia-sia Dr. Abu Bakar ‘berdoa’ di jalan yang berlubang itu, ‘laju saja’ tindakan diambil! – theRakyat

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana