DR MAHATHIR PENIPU PALING BESAR – NAZRI

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan sebagai seorang penipu paling besar di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, hal demikian kerana Dr. Mahathir banyak melakukan perkara yang beliau sendiri larang sewaktu menjadi Perdana Menteri.

“Dr. Mahathir jangan hendak menipu, saya tahu semua perkara. Dahulu, sewaktu saya menjadi menteri selama lima tahun, dia ajar saya kita perlu buat sesuatu untuk bangsa Melayu, semua dia nasihat saya.

“Termasuk hari ini, kalau saya kurang ajar, dia ajar saya jadi kurang ajar. Jadi, jangan hendak marah saya. Kalau kita berguru dan guru itu buat perkara yang dahulu dia pesan pada kita jangan buat, sudah tentu anak murid akan mengamuk,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, berkata demikian ketika menjawab soalan peserta mengenai perbezaan kepemimpinan sewaktu Mohamed Nazri menjadi menteri di bawah tiga pemerintahan.

Program Bicara Minda dan Sesi Dialog yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Kuala Krai yang berlangsung semalam turut menampilkan Tinbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai ahli panel. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana