Bagi manfaat pada rakyat, bukan ambil wang rakyat

PPBM sepatutnya mencari jalan untuk memberi manfaat kepada rakyat, bukan mengambil apa yang ada daripada rakyat demi kepentingan mereka.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, tindakan mereka yang melancarkan tabung derma tidak langsung bertepatan dengan perjuangan dan penubuhan mereka yang begitu mengkritik kerajaan kononnya mengambil wang rakyat dan sebagainya.

“Mereka patut fikir cara nak bagi bukan nak minta minta, lagipun pemimpin mereka ni dah lama dalam politik..korban la duit sendiri yang banyak itu.

“Kalau mereka sendiri kutip dari rakyat, bukankah itu juga satu tindakan yang menyusahkan rakyat?” soalnya kepada BNBBC.my portal pada Sabtu.

PPBM sebelum ini telab melancarkan tabung derma bagi merealisasikan cita-cita membentuk kerajaan baharu menggantikan BN tercapai.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan bertujuan membantu gerak kerja parti yang sedang dan terus dilakukan dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat  dan penyertaan masyarakat umum bagi menjayakan impian menjadi kerajaan baharu terlaksana.

Tambah Noor Azmi lagi, rakyat seharusnya tidak perlu berkorban demi PPBM kerana ia bukan parti baharu yang begitu stabil.

“Pendirian pemimpin mereka ni bukan lah stabil lagi, esok lompat sana sini lagi.nanti kutip derma lagi.

“Derma kalau tolong Rohingya..Palestin dan orang susah bagus la..tapi ni untuk apa ? Kita pun tak pasti,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana