Azmin tergagap-gagap jawab soal tanah Ijok...

Berpeluh... Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dilihat tergagap-gagap ketika menjawab isu skandal penjualan tanah di mukim Ijok bernilai RM1.181 bilion kepada sebuah syarikat lain.
Namun, Azmin tetap mempertahankan tindakannya berhubung tanah di mukim Ijok itu walaupun proses peringkat Mahkamah Persekutuan masih belum selesai dijalankan.
Selain itu, Mohamed Azmin tidak menjawab banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan antaranya tentang penjualan tanah itu yang dibuat secara terburu-buru dan baki RM758.6 juta hasil penjualan tanah bernilai RM1.181 bilion itu.
Timbalan Presiden PKR itu juga hanya mengulangi kenyataan Rahman tentang bayaran kepada 981 peneroka yang hanya diberikan berjumlah RM421.4juta dan seolah-olah cuba melepaskan diri apabila mendakwa penjualan tanah itu tidak melibatkan kerajaan negeri, tetapi antara pemaju dan juga peneroka.
“Mahkamah telah mencadangkan supaya perkara ini dirunding dengan peneroka dan mereka mahukan pampasan pembangunan dan bukannya pertanian. Oleh demikian, pemaju telah mem­bayar pampasan wang tunai sebanyak RM180,000 kepada peneroka dan juga rumah bernilai RM250,000.
“Kita akui perkara ini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan telah menyerahkan setiap dokumen kepada suruhanjaya tersebut untuk disiasat,” katanya ketika ditemui di Shah Alam pada Khamis.
Sebelum ini, Rahman mendedahkan tindakan Azmin yang menimbulkan pelbagai persoalan selepas menyelesaikan isu tanah dengan pemaju walaupun keputusan mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan telah memihak kepada kerajaan negeri.
"Apa justifikasi Azmin untuk menyerahkan tanah ini kepada LBCN Development Sdn. Bhd. (LBCN) dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. (Mujur Zaman) walaupun keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada keputusan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengambil semula tanah tersebut.
“Kenapa Azmin tidak menunggu kes ini dibicarakan di mahkamah persekutuan memandangkan kerajaan negeri telah menang kes ini. Kenapa tergesa-gesa membuat keputusan yang merugikan kerajaan dan rakyat Selangor,” katanya.
Rahman turut mempersoalkan tentang baki pampasan yang telah diberikan kepada peneroka iaitu sebanyak RM758.6 juta hasil daripada penjualan tanah tersebut.
“Kalau niat Azmin menyelesaikan tuntutan dan isu pampasan kepada peneroka, mengapa beliau tidak menjual tanah ini secara langsung kepada syarikat awam dan menggunakan hasil jualan RM1.18 bilion untuk membayar pampasan.
“Sepatutnya Azmin memberikan jumlah pampasan yang besar kepada peneroka jika beliau benar-benar mahu membantu peneroka,” ujar beliau.-

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana