Apa macam…lagi GST punya cerita...Kepada Puak Cai PH Mana Negara Nak Pergi?

Bayangkan kalau pengumuman seumpama ini dibuat oleh kerajaan Malaysia.Silap haribulan ada yang melompat melalak sampai tembus bumbung.

Apa lagi dalam keadaan dekat dengan pilihanraya umum ke 14 sekarang.Ia akan jadi modal riuh rendah untuk anjur himpunan mega di sana sini.

Dicelah puak pembangkang dan mereka yang sewaktu dengannya terus menjaja hentam GST  yang kadarnya 6 peratus …negara jiran seberang tambak,Singapura selamba umum awal-awal nak naik kadarnya dari 7 peratus sekarang kepada 9 peratus.

Kenaikan itu bukan nak dilaksanakan serta merta tetapi hanya akan berkuatkuasa antara 2021 sehingga 2025 nanti.

Ia diumum dalam Bajet 2018 oleh Menteri Kewangan, Heng Swee Keat Isnin.

Kali terakhir Singapura menaikkan kadar GST ialah pada 2007 membabitkan kenaikan daripada lima kepada tujuh peratus.

Singapura perkenal GST pada tahun 1994 dengan kadar permulaan 3 peratus.

Kadar itu dinaikkan ke 4 peratus  pada 2003 dan lima peratus pada 2004.

“Pelaksanaan kenaikan GST baharu ini bergantung kepada keadaan ekonomi, perbelanjaan negara dan keapungan cukai sedia ada. Namun, saya fikir ia perlu dilaksanakan lebih awal daripada tempoh dicadangkan,” kata Heng.

Menurut beliau kenaikan itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan cukai berkenaan akan diserapkan secara terus ke dalam sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan yang dibiayai kerajaan.

Heng menjelaskan kenaikan kadar itu adalah perlu kerana setelah meninjau pelbagai cara untuk mengurus perbelanjaan masa depan melalui perbelanjaan berhemah,penjimatan dan pinjaman masih terdapat kekurangan.

Malaysia perkenal GST pada April 2015 selepas 160 buah negara lain di seluruh dunia laksananya.

Kerajaan juga telah beri jaminan kadar GST tidak akan naik.

Penjelasan demi penjelasan sudah diberi oleh kerajaan mengenai sebab dan kebaikan sistem percukaian itu.

Ini termasuk menampung pendapatan negara yang kurang banyak kerana penurunan harga minyak global kebelakangan ini.

Lojiknya tidak mungkin mana-mana kerajaan sengaja nak cari penyakit berdepan risiko tidak popular di mata rakyat laksana cukai tanpa sebab yang munasabah.

Namun puak pembangkang pura-pura bodoh buat-buat tidak faham dan terus menerus main sentimen untuk cetuskan kemarahan pada GST untuk kepentingan politik mereka.

Jika dikenang apa yang agak melucukan hebat sungguh pembangkang Malaysia merasa mereka lebih bijak dan otak geliga dari kerajaan dan pemerintah 160 buah negara di seluruh dunia.

Ini termasuk negara-negara maju Jepun,Korea Selatan,Australia,New Zealand,Taiwan,Jerman,Peranchis,United Kingdom,Spain,Norway,Switzerland yang sudah lama kenakan GST.

Juga bukan mereka tidak tahu fakta di depan mata.Sebagai perbandingan 6 peratus di Malaysia…di negara ASEAN lain kadar GST Filipina 12 peratus ,Indonesia,Laos,Vietnam,Kemboja 10 peratus manakala Thailand 7 peratus.

Ada tidak dengar GST jadi isu politik di negara-negara itu selama ini?

Jadi jangan lupa halakan teropong intai-intai kalau-kalau Singapura ‘bergegar’ dengan demonstrasi segala macam kerana rakyat membantah.

Rasanya awal-awal boleh bertaruh pembangkang Malaysia mungkin terpaksa gigit jari ‘malu’ ia tidak akan berlaku kerana orang republik itu faham mengenai keperluan GST untuk negara itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL