Zambry minta rakyat Perak kekalkan BN

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta rakyat Perak mengekalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sedia ada bagi memastikan kebajikan dan nasib masa depan mereka terus dibela.

Justeru beliau mengingatkan mereka supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah termakan fitnah palsu pembangkang yang berniat semata-mata memburukkan pemimpin dan kerajaan.

Beliau memberi conoh,  dakwaan kerajaan merampas hak milik tanah rakyat adalah tidak benar sebaliknya kerajaan sentiasa membantu memberikan tanah untuk tapak-tapak rumah dan rancangan pertanian kepada rakyat.                   

``Kerajaan sentiasa berusaha memberikan tanah kepada rakyat….kita buat pembangunan di Pasir Salak …bagi tanah tapak-tapak rumah dan rancangan tanah pertanian…antara daerah paling banyak menerima nikmat itu ialah Daerah Kecil Kampung Gajah.

``Seperti contoh Rancangan Tanah Belia Khas Seberang Perak (RTBK) ini yang sudah berusia 45 tahun telah dibina oleh pemimpin terdahulu sejak tahun 1961 lagi,” katanya.

Dr Zambry berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis sambutan Ked-45 Rancangan Tanah Belia  Khas Padi Seberang Perak diperkarangan SAR Al-Mashur, RTBK Seberang Perak pada Sabtu. 

Beliau juga mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan pelbagai tohmahan dan kritikan yang dilemparkan pihak tertentu kepada kerajaan terutama dalam media sosial dengan mengambarkan seolah-olah kerajaan tidak membantu rakyat.

 ``Saya sedih melihat dalam Facebook, Twitter macam-macam maki hamun dilemparkan seolah-olah kerajaan langsung tidak membantu rakyat,”katanya.

Menjelang PRU ke14 tidak lama lagi, Dr Zambry meminta rakyat supaya bijak memilih untuk menilai kebaikan atau keburukan.

``Kita perlu sentiasa muhasabah diri dan bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan serta diamanahkan…para pemimpin juga  perlu perbaiki diri serta berusaha sebanyak mungkin membela nasib rakyat,’’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana