Tunai janji dan peduli rakyat fokus 2018 - Ahmad Bashah

Kerajaan Kedah akan memastikan pelbagai projek pembangunan yang dirancang dalam Bajet 2018 dilaksanakan tahun ini menerusi dasar yang mudah namun memberikan kesan yang cepat dan menyeluruh kepada rakyat.

Dalam amanat tahun baharunya hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tahun ini akan dijadikan tahun 'peduli rakyat' dengan pelbagai bantuan kepada rakyat seperti Skim Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) diperhebat dengan memperkenalkan bantuan persekolahan RM100 kepada 30,000 murid Tahun Satu selain tuisyen Barakah diperluas.

"Bagi memenuhi keperluan air yang kian meningkat, kerajaan akan menaik taraf lima loji rawatan air bernilai RM1 bilion, memberi air percuma kepada 221,000 pengguna khususnyta di kawasan luar bandar di bawah paras 20 meter kiub," katanya.

Beliau berkata pembangunan bandar bebas cukai di Bukit Kayu Hitam seluas 12,000 hektar serta menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bernilai RM89 juta dalam usaha menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama akan turut diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri juga mengorak langkah merangka ekonomi baharu antaranya mewujudkan hab logistik pelabuhan darat dan membangunkan secara menyeluruh Kedah Rubber City Fasa 1 dengan menawarkan 15,000 peluang pekerjaan pelbagai jawatan serta mengukuhkan identiti pembangunan daerah mengikut kekuatan setempat.

Beliau berkata di samping itu, kerajaan negeri juga menyasarkan untuk menjadi hab maahad tahfiz Malaysia.

Selain itu katanya Kedah juga mencatatkan prestasi ekonomi memberangsangkan dengan defisit berjaya dikurangkan daripada 14.95 peratus pada 2016 kepada 10.28 peratus tahun lepas dan dijangkakan terus berkurangan kepada 9.71 peratus tahun ini.

"Prestasi kewangan dan kutipan hasil negeri sepanjang 2017 juga menunjukkan lonjakan luar biasa dengan lebihan antara RM100 juta ke RM150 juta. Ini menunjukan bahawa pengurusan ekonomi, dasar fiskal dan pentadbiran kerajaan berada di landasan yang betul," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Bashah menggesa rakyat di seluruh negeri itu mengekalkan kerajaan sedia ada untuk menjayakan pelbagai agenda pemerkasaan pembangunan ekonomi terbabit kerana kerajaan negeri yang tidak sealiran dengan kerajaan persekutuan akan membantutkan banyak perancangan.

"Kita tidak ada banyak masa untuk berpolemik atau terlibat dalam kontroversi? jauhilah fitnah, budaya viral cerita palsu kerana kerajaan ini sentiasa memikirkan yang terbaik untuk rakyatnya," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengadakan Ekspo Muafakat Kedah bermula 24 Feb hingga 3 Mac nanti sebagai platform menyampaikan maklumat berhubung peluang yang disediakan kerajaan dalam pelbagai sektor untuk rakyat di negeri berkenaan dengan sasaran 400,000 pengunjung.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana