‘TAK KIRALAH BERAPA MINIT NAK JUMPA PUN, MEMANG TETAP KENA MOHON’

Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad menuduh `orang atasan’ tidak membenarkan beliau bertemu dengan Anwar Ibrahim, semalam, ketika Anwar menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.

Tuduhan itu dibuat oleh Mahathir kepada pemberita semalam, selepas dilarang bertemu Anwar dan hari ini, sekali lagi bekas Perdana Menteri itu menulis dalam blognya bahawa Menteri Dalam Negeri telah mengarahkan pejabat penjara supaya tidak membenarkan beliau menziarahi Anwar.

“Sebab itulah saya ingin ucap terima kasih sendiri kepada Anwar. Saya perlu hanya satu minit sahaja untuk berjumpa, tidak lebih. Tidak ada niat bercakap berkenaan politik,” demikian tulis Mahathir.

Tidak kiralah seminit atau sejam, peraturan tetap peraturan dan akhirnya selepas dituduh dengan pelbagai tuduhan, Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar menjelaskan bahawa Jabatan Penjara serta Penjara Sungai Buloh tidak pernah menerima permohonan dari Mahathir atau pihaknya untuk menemui Anwar.

Ini bermakna kelulusan berjumpa atau tidak mana-mana individu dengan banduan tertakluk kepada undang-undang sedia ada selain kuasa penjara itu sendiri.

“Kita perlu permohonan rasmi daripada Dr Mahathir sendiri, kalau tidak ada permohonan kita tak boleh beri.

“Seksyen 26 Akta penjara 1995 menjelaskan bahawa semasa dalam kawalan penjara, seseorang banduan disifatkan masih berada dalam penjara serta tertakluk kepada semua undang-undang penjara,” kata Zulkifli.

Bukan sahaja isu mengenai kebenaran malah kata Zulkifli, pihaknya juga bimbang tentang keselamatan dan ancaman yang dihadapi sekiranya Anwar dan Mahathir dibenarkan berjumpa.

“Ia mungkin akan jadi kontroversi. Ada kebimbangan isu ini juga akan jadi tular,” jelasnya.

Rupa-rupanya terdedah jua bahawa Mahathir tidak membuat permohonan sebaliknya menuduh orang atasan yang menghalang perjumpaannya dengan Anwar.

Tidak kira siapa, peraturan tetap peraturan. Mahathir kenalah ikut peraturan, tidak boleh redah begitu sahaja. Jika dibenarkan, sudah tentu banduan lain juga mahukan keistimewaan yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana