SELAMATKAN MALAYSIA… PEMBANGKANG MAHU SELAMATKAN APA SEBENARNYA?

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail mempersoalkan apakah sebenarnya yang mahu diselamatkan oleh Pakatan Harapan di negara ini memandangkan dakwaan-dakwaan mereka kononnya Malaysia akan bankrap, menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin kleptokrasi sdan melakukan penyelewengan dalam isu 1MDB sudah pun terjawab dengan jelas baik secara bertulis mahupun secara realiti.

Ujarnya, slogan pembangkang yang kononnya mahu menyelamatkan Malaysia atas faktor-faktor tersebut sudah tidak lagi relevan memandang segala isu yang mereka bangkitkan itu terbukti tidak benar dan hanya bersifat fitnah serta tohmahan semata-mata.

“Saya nak tanya pembangkang, apa yang mereka mahu selamatkan? Adakah Malaysia di bawah pemerintahan BN yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak mahu bankrap? Apakah rakyat di negara ini hari ini melarat dan tidak cukup makan? Adakah projek-projek kerajaan semuanya terbengkalai? Atau kakitangan kerajaan tidak dapat gaji kerana kerajaan tidak ada duit untuk membayar gaji?

“Semua itu tidak pun berlaku dalam pemerintahan kerajaan hari ini. Malah, kerajaan masih mampu untuk membayar bonus kepada kakitangan kerajaan serta meneruskan projek-projek pembangunan infrastruktur dan modal insan untuk keselesaan rakyat untuk hari ini dan akan datang.

“Bahkan ringgit Malaysia juga kini semakin pulih mencecah ke RM3.99 yang secara tak langsung memperlihatkan kenyataan seorang pemimpin veteran pembangkang, kononnya ringgit hanya akan pulih setelah Datuk Seri Najib letak jawatan hanya cuma mahu memperbodohkan rakyat sahaja. Begitu juga rezab negara yang berada dalam keadaan yang kukuh dan kini telah mencecah RM425.6 bilion (AS$94.9 bilion) setakat 15 Mac 2017 ini.

“Jadi jelas, segala dakwaan yang dikatakan oleh pembangkang itu hanyalah mitos fantasi dan cerita-cerita bohong untuk mempengaruhi persepsi rakyat. Sedangkan hakikatnya, ia tidak begitu dan rakyat boleh melihat fakta ini dengan mata kepala mereka sendiri dalam kehidupan seharian,” tegasnya kepada UMNO-Online.

Jsuteru itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang sekali lagi menegaskan bahawa tidak ada apa yang perlu di selamatkan oleh pembangkang kerana keadaan pentadbiran, ekonomi dan juga keselamatan negara masih lagi terkawal dengan baik di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya fikir, pembangkang patut selamatkan pakatan mereka yang hampir tenggelam dulu. Hari ini, pembangkang tak boleh nafi, dengan ketiadaan Pas dalam Pakatan Harapan serta kehadiran Dr Mahathir, mereka jadi semakin celaru dan haru biru. Bangkai gajah tidak dapat disorok dengan daun pisang. Itulah realitinya hari ini dalam pakatan pembangkang.

“Saya minta rakyat khususnya anak muda sentiasa meneliti dan membuat perbandingan antara dakwaan pembangkang terhadap kerajaan dan realiti yang ada di sekeliling mereka hari ini.

“Kita kena buat perbandingan untuk mendapatkan yang terbaik. Ketika membuat keputusan, jangan bersandarkan kepada emosi dan persepsi. Kita mesti bersandarkan dengan realiti dan fakta. Keputusan yang dibuat berdasarkan emosi dan persepsi tidak akan membawa kebaikan, sebaliknya keputusan yang berdasarkan realiti dan fakta tidak akan mengecewakan kita,” ujarnya.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana