Saya pun tak faham,kenapa perlu ‘recycle’…- Tengku Adnan

Pakatan pembangkang disifatkan sudah ketandusan tokoh apabila mencalonkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika menang Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tindakan itu amat menghairankan kerana era pemerintahan Mahathir telah lama berakhir.
"Saya pun tak faham, kenapa perlu 'recycle'. Perkara ini tak perlu lagi kerana dia dah letakkan jawatan selepas 22 tahun tadbir negara.
"Sekarang saya hairan kenapa dia minat balik untuk bertanding jadi Perdana Menteri,"katanya kepada pemberita ketika ditemui Sabtu.
Tambah Tengku Adnan, sebagai bekas Perdana Menteri, Mahathir sedia maklum apa yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang ini adalah yang terbaik untuk negara ini.
"Kerana ia berbeza, masa beredar masa berubah. Jadi kita kena terima hakikat bahawa keadaan masa ini berlainan dengan masa dia (Tun Mahathir) menjadi pentadbir kepada negara ini.
"Saya yakin dan percaya apa yang Najib telah laksanakan terbaik untuk negara ini kerana kita mahu bergerak ke hadapan dan mahu melihat Malaysia jadi sebuah negara maju, aman, serta lestari untuk memberi peluang kepada rakyat dalam negara ini hidup dalam keselesaan,"katanya.
Terdahulu Tengku Adnan merasmikan Perpustakaan 1Wilayah Persekutuan Medan Idaman, di Danau Kota, di Kuala Lumpur.
Projek inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merupakan yang kedua siap dibina selepas Perpustakaan 1Wilayah di Pantai Dalam dan usaha itu akan diteruskan dengan pembinaan perpustakaan ketiga di Kampung Pandan.
"Projek di Medan Idaman ini bernilai RM5 juta dibiayai sepenuhnya oleh Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB).
"Kita sasarkan pembangunan perpustakaan seumpama ini di setiap parlimen membolehkan rakyat menikmati kemudahan yang disediakan,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana