Parlimen Gombak : Sebab Kenapa Azmin Cuba Lari, Dr Mahathir Pun Tidak Berani

Ramai yang memandang sinis sikap ‘murah hati’ Mohamed Azmin Ali yang menawarkan kerusi Parlimen Gombak (P98) kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada pilihanraya umum ke-14 nanti.

Ada pihak yang menganggap bahawa tindakan Azmin itu hanya ingin ‘mencari alasan untuk lari daripada kegagalannya berkhidmat kepada penduduk parlimen Gombak’.

“Saya lihat ramai penduduk di Parlimen Gombak bersungut kerana diabaikan kepimpinan Mohamed Azmin sehingga ada kawasan yang tidak pernah dilawati beliau. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar pula yang terpaksa turun ke kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Parlimen itu bagi mengatasi masalah bumbung rosak dan sampah,” kata seorang pemimpin politik negeri Selangor.

Sebenarnya, strategi Azmin itu begitu senang untuk dibaca. Beliau tahu kerusi parlimen Gombak bukan kerusi selamat untuk beliau.

Beliau tahu kemenangan beliau pada PRU13 adalah hasil sokongan penyokong PAS dan dibantu oleh pemimpin serta jentera PAS.

Pada PRU-13, Azmin menang (54,287 undi)dengan majoriti 4,734 undi mengalahkan Datuk Dr Rahman Ismail (50,093 undi) dan Datuk Paduka Said Nazar (474 undi).

Tetapi 2 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam parlimen Gombak dimenangi oleh calon PAS iaitu:

1. N18 Hulu Kelang

Saari Sungib (PAS)-21,310
Abdul Rahim Baharudin (BN)-18,429
Majoriti : PAS menang dengan majoriti 2881
Undi Rosak : 256
Jumlah Kertas Undi Keluar : 40,319

2. N17 Gombak Setia

Hasbullah Ridzwan (PAS)-20,757
Said Anuar (BN)-19,076
Majoriti : PAS menang dengan majoriti 1681
Undi Rosak : 378
Jumlah Kertas Undi Keluar : 40,455

Kita perlu faham bahawa;

1. Total undi majoriti yang dimenangi oleh PAS untuk 2 kerusi tersebut ialah 4,562 undi. Undi majoriti Azmin pula ialah 4,734 undi iaitu hanya 172 undi jika dibandingkan dengan undi majoriti yang diterima oleh calon PAS.

2. Kita menjangkakan DUN Batu Caves dalam Parlimen Gombak juga mempunyai penyokong-penyokong parti PAS.

3. Azmin juga perlu bimbang kerana jumlah undi majoriti yang beliau terima pada PRU13 (4,734 undi) juga lebih rendah jika dibandingkan pada PRU12 iaitu 6,867 undi.

Nilai-nilai statistik di atas sudah pasti akan merimaskan Azmin Ali. Kerusi parlimen Gombak tidak lagi kerusi selamat untuk parti calon PKR setelah bercerai dengan parti PAS.

Malah, karier politik Azmin Ali di dalam negeri Selangor juga terancam. Beliau mungkin turut susah di kerusi Bukit Antarabangsa yang beliau menangi pada PRU13.

Lihat di bawah:

N19 BUKIT ANTARABANGSA

Jumlah Pengundi: 34,467
Mohamad Nadzim Bin Ibrahim (BN) – 12,458
Mohamed Azmin Bin Ali (PKR) – 16,502
MAJORITI: 4,044
Jumlah undi: 29,264 | Peratus mengundi: 84.90% | Undi rosak: 304

Bukan sahaja tidak lagi dibantu oleh pemimpin dan jentera PAS, kerusi Bukit Antarabangsa berkemungkinan besar akan ada pertandingan 3 penjuru di antara PKR, PAS dan BN. Maka akan berkurangan lagi undi yang Azmin bakal terima di kerusi DUN tersebut.

Persoalan besar, apakah sikap ‘murah hati’ Azmin kepada Mahathir ini hanya sekadar alasan untuk beliau ‘lari’ ke kerusi parlimen dan DUN yang lain?

Ironinya, Azmin Ali memang pun bakal ‘lari’ daripada parlimen Gombak! Beliau dijangka bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam pada PRU14 nanti. Dan nama beliau sudah pun dikemukakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya (JPR) Pakatan Harapan (PH) Negeri Selangor.

Jika beginilah kiraannya, Mahathir Mohamad tidak mungkin akan bertanding di parlimen Gombak kerana Azmin sendiri tidak konfiden dengan kerusi tersebut.

Dr Novandri Hasan Basri

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana