Najib bawa pembangunan, Mahathir anaktirikan Kelantan

Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa lebih banyak pembangunan kepada Kelantan berbanding ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Timbalan Menteri Besar negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mengulas perkara itu, beliau berkata ia berikutan wujud hubungan yang baik antara kerajaan negeri pimpinan PAS dan kerajaan Persekutuan pimpinan BN walaupun terdapat perbezaan ideologi.

“Keadaan sekarang jauh berbeza ketika Dr Mahathir memimpin negara. Beliau ketika itu dilihat meminggirkan Kelantan dalam aspek pembangunan akibat perbezaan politik.

“Namun demikian, semuanya berubah di bawah kepimpinan Najib yang tidak menganaktirikan Kelantan kerana banyak perubahan terutama aspek pembangunan berlaku di negeri ini ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus di Hutan Simpan Beris, Lojing di Gua Musang, hari ini oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Pada masa sama, Naib Presiden PAS itu berkata era pemerintahan Dr Mahathir sudah berlalu dan Pakatan Harapan tidak sepatutnya menamakan beliau sebagai calon perdana menteri.

Pada Ahad lalu, Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi PPBM sebagai calon perdana menteri jika pakatan itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, manakala presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai calon timbalan perdana menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana