Musa Hassan gembira nasib pesara polis terus dapat perhatian PM

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan berkata kerajaan membuktikan kebajikan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dipinggirkan.

Katanya, pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pesara PDRM akan mendapat empat insentif tiba tepat pada waktunya.

Najib ketika berucap pada majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Polis bersama perdana menteri pagi tadi mengumumkan empat khabar gembira buat 123,000 pesara PDRM iaitu peruntukan RM3 juta setahun selama tiga tahun untuk Tabung Amanah Warisan PDRM, kuota khas haji, kuota khas skim Rumah Mampu Milik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM dan mewujudkan Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis di setiap negeri.

"Saya amat bersyukur dengan khabar gembira diumumkan Perdana Menteri kerana ia dapat membantu menjaga kebajikan bekas polis lebih-lebih lagi mereka amat berjasa kepada negara.

"Ini adalah usaha murni dan baik dilakukan kerajaan terutama dalam memperuntukkan kuota khas haji, rumah mampu milik dan peruntukan untuk Tabung Amanah Warisan PDRM," katanya dipetik Utusan Online.

Musa berkata, walaupun tidak lagi berkhidmat, pesara polis adalah aset penting kepada negara kerana pengalaman dan kepakaran mereka boleh dimanfaatkan dalam membantu meneruskan agenda pembangunan negara.

Sementara itu, bekas Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Datuk Dr Hassan Yusof, berkata idea perdana menteri untuk menubuhkan Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis di peringkat kontinjen di seluruh negara amat bertepatan.

"Sebelum ini, Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis hanya di peringkat Pusat dan dengan adanya di peringkat kontinjen, kebajikan pesara polis akan lebih tersusun dan memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka.

"Terima kasih perdana menteri kerana sering mengambil berat kebajikan pesara polis. Peruntukan diberikan dalam Tabung Amanah Warisan PDRM berupaya membantu pesara polis terutama mereka yang bersara ketika berpangkat rendah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana