MEDIA TIDAK BEBAS SEMASA ZAMAN MAHATHIR...JAUH LANGIT DENGAN BUMI LAH

Bekas Ketua Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar mengakui bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi lebih ruang kepada pengamal media serta memberi kebebasan terhadap mana – mana penerbitan termasuk milik pembangkang.

Jelas beliau, ianya berbeza ketika era pemerintahan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertindak menyekat dan menutup penerbitan majalah serta portal berita pro pembangkang, terutama sekali Malaysiakini.

“Kita tidak boleh memulakan perubahan dengan melupakan kisah lampau.

“Siapa yang tutup surat khabar? Adakah Najib? Najib hanya tutup The Malaysian Insider (TMI) sahaja. Dia tidak tutup Majalah Detik yang saya keluarkan dahulu. Dia tidak tutup Majalah Wasilah yang saya buat dahulu. Dia hanya saman saya sahaja. Dia tidak tutup Malaysiakini,” ujarnya dalam forum Adakah Mahathir Solusi Untuk Malaysia Yang Lebih Baik yang diadakan di auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), di sini, semalam.

Untuk rekod, pada 1985 wartawan dari tiga akhbar berpengaruh dikenakan denda antara RM7,000 hingga RM10,000 dalam tiga kes berasingan, semasa era pemerintahan Tun Mahathir.

Dua wartawan akhbar ‘Asian Wall Street Journal’, dibuang dari Malaysia ekoran menggunakan maklumat rasmi kerajaan untuk mendedahkan Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan waktu itu mendapat keuntungan peribadi daripada penjualan saham sebuah bank.

Seorang wartawan ‘New Straits Times’, Sabry Shariff didakwa kerana mendedahkan rahsia rasmi yang menunjukkan wujud penyelewengan dalam pembelian jet-jet pejuang.

OSA dipinda pada lewat 1986 dengan mengenakan hukuman penjara mandatori (wajib) sekurang-kurangnya setahun dan maksima tujuh tahun, malah hukuman boleh dikenakan terhadap sesiapa sehingga berjaya menakutkan ramai ahli politik, wartawan dan orang ramai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana