MAHATHIR CALON PM MINORITI HANYA UNTUK UNDI MELAYU DAN WANG

Oleh Ab Jalil Backer

Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan bukanlah sesuatu yang boleh ditelan mudah oleh seluruh kepimpinan PKR, DAP dan PAN.

Sebahagian besar kerjaya politik mereka membesar dengan membenci Mahathir Mohamad.

Ia juga tidak mungkin diterima oleh sebahagian besar penyokong reformasi yang melihat Mahathir adalah petualang negara.

Justeru mengapa Mahathir tetap diangkat sebagai calon Perdana Menteri? Apakah kerana Mahathir telah menganut idelogi mereka? Jelas ia belum berlaku.

Apakah mereka tiada calon yang layak? Ia agak mustahil kerana Pakatan Harapan turut mempunyai wajah seperti Azmin Ali, Muhyiddin Yassin dan Wan Azizah yang boleh dijadikan Perdana Menteri.

Justeru apakah sebab Pakatan Harapan terpaksa menjilat ludah dan menelan segala kepedihan untuk mengangkat orang yang mereka gelar sebagai Mahafiraun sebagai Perdana Menteri buat kali kedua?

Melayu dan Wang!

Undi Melayu

Hanya Dr Mahthir mampu menarik sokongan kuat orang Melayu keluar dari bayangan Barisan Nasional.

Ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam bahawa “pemilihan Dr Mahathir hanya untuk menarik sokongan undi Melayu”.

Namun apa yang orang Melayu tidak sedar bahawa jumlah kerusi yang akan diperolehi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) tidak lebih dari 52 kerusi. 52 kerusi dari 222 kerusi parlimen adalah minoriti.

Jika ditakdirkan Pakatan Harapan menang, Mahathir akan menjadi Perdana Menteri minoriti, yang bila-bila masa sahaja boleh diketepikan oleh PKR dan DAP.

Wang

Selain faktor undi Melayu, wang adalah punca Dr Mahathir dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Selain Anwar Ibrahim, hanya Mahathir yang mampu mendapat dana politik besar dari tokoh-tokoh perniagaan yang menjadi kroni Mahathir selama berpuluh tahun.

Pemimpin PKR, DAP dan PAN sedar bahawa dengan meletak Mahathir sebagai calon, dana politik akan mencurah masuk dan memudahkan gerakan mereka.

Jadi pemilihan Mahathir tidak ada kena mengena dengan kehebatan Mahathir untuk memulihkan negara yang “kononnya” di ambang kemusnahan.

Mahathir sekadar alat kepada Pakatan Harapan tajaan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Orang Melayu yang tidak sedar hal ini mungkin sudah terlalu taksub kepada kehebatan lampau beliau.

Jika orang Melayu berfikir dengan waras, mereka akan tahu Mahathir sedang diperalatkan oleh DAP.

“deja vu”! Apa yang berlaku kepada Mahathir hari ini sama seperti ketika DAP memperalatkan Tunku Absul Rahman pada tahun 80-an.-Mykmu.net

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana