'Jangan boikot PRU', seru Hadi kepada penyokong PAS

GOMBAK: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru para penyokong parti itu agar tidak memboikot Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang hanya akan berlangsung beberapa bulan saja lagi, lapor Free Malaysia Today.

Abdul Hadi memberi contoh peristiwa di mana PAS hampir tewas pada Pilihan Raya Umum 2004 di Kelantan gara-gara tidak ramai rakyat keluar mengundi.

“Nabi cakap barang siapa yang tidak ambil berat di kalangan orang Islam, dia bukan di kalangan kita.

“Masih ramai di kalangan kita anggap pilihan raya ini tidak penting. Serupa sahaja siapa perintah. Ada yang kata tidak payah pilihan rayalah, sibuk berkelahi sesama sendiri jadi tak payah mengundi.

“(Kalau) jatuh Kelantan pelaksanaan Islam yang kita buat jatuh begitu sahaja,” katanya dalam satu kuliah di Dataran Ilmu Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar hari ini.

Pada PRU 2004, PAS menang tipis apabila memenangi 24 kerusi dengan mengatasi Umno yang memperoleh 21 kerusi.

Sementara di peringkat Parlimen pula, PAS hanya dapat mengekalkan 7 daripada 27 kerusi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana