Isu PM PH : Nama Azmin Ali Ditolak Mentah-Mentah Oleh Majlis Presiden PH

Di dalam Pakatan Harapan, apa sahaja yang mereka tidak gaduhkan. Hampir semua perkara pasti akan menjadi masalah samada di peringkat akar umbi mahupun di peringkat pucuk pimpinan. Baik dari pembahagian kerusi, hala tuju Pakatan Harapan mahupun siapa yang layak menjadi Perdana Menteri, semuanya akan mengundang pelbagai perseteruan diantara mereka.

Terbaru, hasrat PKR untuk mencalonkan Pengerusi Pakatan Harapan Selangor yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sebagai calon Perdana Menteri selain daripada Tun Dr Mahathir, telah ditolak sepenuhnya oleh tiga parti sekutu PKR di dalam Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga Pengerusi PAN, PPBM dan DAP Selangor, mereka berkata, mereka sebulat suara untuk menyokong penuh apa yang diputuskan oleh kepimpinan Pusaat Pakatan Harapan untuk mencalonkan Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan kelak.

Kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Pengerusi PAN Selangor, Ir. Izham Hashim, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan Pengerusi PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari ini menampakkan keadaan sebenar yang membelenggu Pakatan Harapan samada di Selangor mahupun di peringkat nasional.

Agak menghairankan apabila kenyataan ini sama sekali meminggirkan kedudukan Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor. Sebelum ini, Timbalan Ketua Wanita PKR, Dr Daroyah Alwi mahukan Azmin turut dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri Malaysia sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Malah, Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor, Hizwan Ahmad secara terbuka menempelak keputusan yang diraih oleh Pakatan Harapan semasa Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam Ahad lalu yang memilih Mahathir sebagai Perdana Menteri. Dia juga dilaporkan mahu Azmin turut dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri dan bukannya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Mahathir.

Lihat sahaja bagaimana tiada kesepakatan di dalam Pakatan Harapan terutamanya PKR dalam isu memilih siapa yang layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Masing-masing sibuk melobi calon masing-masing sehinggakan terdapat percanggahan pendapat diantara mereka.

Apa yang pasti, pemilihan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri memang tidak mendapat sokongan langsung dari akar umbi PKR termasuk sebilangan pemimpin mereka yang selama ini berjuang untuk menentang Mahathir. Apa yang pasti, di dalam Pakatan Harapan sendiri sudah wujud perpecahan yang serius hanya disebabkan untuk memilih siapa yang layak untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana