Ekonomi positif berita buruk buat pembangkang

Sudah lebih dua minggu kita berada dalam tahun 2018. Syukur Alhamdulillah, kecuali cuaca yang agak dingin sejak beberapa hari lalu, dan banjir di beberapa kawasan, negara kita kekal aman.

Angka tunjuk keadaan dan prospek ekonomi juga begitu memberangsangkan. Di sebalik ada ramalan pihak tertentu yang kononnya pakar menjangkakan Malaysia bakal berdepan krisis ekonomi pada 2018 ini, namun kita memasuki tahun baharu ini dengan cemerlang.

Ringgit memulakan dagangan hari pertama 2018 Selasa minggu lalu dalam arah aliran meningkat dengan mencecah paras tertinggi dalam tempoh 17 bulan.

Ia diniagakan pada RM4.0175 kepada sedolar Amerika Syarikat pada hari berkenaan sebelum mengakhiri dagangan pada RM4.0195. Mata wang tempatan itu terus mengukuh apabila dua hari kemudian meningkat ke bawah paras RM4 sedolar, buat kali pertama sejak Ogos 2016. Pada penutup dagangan Jumaat lalu, mata wang negara itu kekal di bawah paras RM4 sedolar pada RM3.97.

Di pasaran saham pula, indeks utama Bursa Malaysia melonjak 14.52 mata pada penutup dagangan minggu pertama 2018 Jumaat minggu lalu pada 1,817.97 mata, paras tertinggi sejak Mei 2015. Ia terus mengukuh bagi mengakhiri dagangan minggu ini pada 1,822.67 mata.

Punca pengukuhan nilai ringgit serta lonjakan pasaran saham itu adalah kerana jangkaan positif ekonomi dan kedudukan kewangan negara.

Jangkaan itu pula bukan sekadar congakan semata-mata tetapi berdasarkan fakta. Salah satu angka tunjuknya ialah prestasi perdagangan. Dalam tempoh 11 bulan tahun lalu, jumlah perdagangan negara berkembang 20.8 peratus kepada RM1.622 trilion dengan eksport melonjak 20.4 peratus kepada RM856.05 bilion manakala import naik 21.2 peratus kepada RM766.07 bilion.

Berdasarkan angka terbaru pada November, yang menyaksikan nilai perdagangan terus meningkat pada kadar dua angka, prospek bagi tahun ini adalah cerah. Ini diperkukuhkan lagi oleh tinjauan positif ekonomi dunia pada 2018 ini.

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang mengukur nilai pengeluaran sebenar sektor utama negara juga menyaksikan pertumbuhan positif apabila ia berkembang lima peratus pada November lalu.

Jumlah jualan sektor berkenaan juga kukuh dengan pembuatan contohnya, meningkat 10.9 peratus. Bergerak ke hadapan bagi 2018 ini, tinjauannya adalah sangat memberangsangkan. Ia berdasarkan sentimen positif dalam kalangan syarikat tempatan. Indeks Keyakinan Perniagaan oleh firma penarafan RAM Holdings Bhd sebagai contohnya menunjukkan bahawa kegiatan pelaburan swasta tahun ini akan terus berkembang.

Indeks Pengambilan Pekerja Korporat firma itu pula menunjukkan lebih banyak syarikat akan membuat pengambilan pekerja baharu. Berdasarkan semua angka tunjuk berkenaan, rata-rata firma penganalisis menjangkakan 2018 bakal menjanjikan satu lagi tahun yang positif bagi ekonomi negara. AmBank Research umpamanya mengunjurkan ekonomi negara mampu berkembang 5.5 peratus tahun ini.

Bagi 2017, firma itu mengunjurkan kadar pertumbuhan 5.9 peratus. Prospek cerah ekonomi ini sudah tentunya sesuatu yang positif untuk majoriti rakyat Malaysia. Namun bagi parti pembangkang ia adalah satu berita buruk. Ini kerana ia membuktikan apa yang mereka canang-canangkan selama ini termasuk memberi gambaran bahawa Malaysia sebuah negara gagal adalah sama sekali tidak benar.

Modal yang ada pada mereka selepas ini hanyalah memainkan sentimen kos sara hidup yang pada hakikatnya mereka sendiri pun tiada formula bagi menanganinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana