Cermin Dulu Parti Mereka Sebelum Tampil Hadkan Tempoh Pentadbiran PM


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan menasihatkan pakatan pembangkang untuk melahirkan dahulu pemimpin pelapis di dalam parti masing-masing sebelum tampil memberikan cadangan untuk menghadkan jawatan Perdana Menteri selama dua penggal.

Tambahnya, cadangan yang dikemukakan oleh anak kepada bekas Perdana Menteri yang telah berkuasa selama 22 tahun namun masih bernafsu untuk menjadi lagi PM sekiranya pakatan baru disertainya itu berkuasa selepas PRU14, seolah-olah menbuktikan bahawa pakatan ini gagal menyerlahkan pemimpin pelapis yang berwibawa untuk diketengahkan sebagai calon PM.

“Tun Mahathir terlupa ke bahawa beliau pernah menjadi PM selama 22 tahun, malah pernah menyandang jawatan PM bersekali dengan jawatan Menteri Kewangan ketika dalam pentadbirannya, jadi saya harap agar pakatan ini mencerminkan dulu pendirian dan perwatakan mereka sebelum tampil dengan idea-idea yang sekadar mengelirukan pemikiran rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian.

Dalam masa yang sama, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menyifatkan pakatan pembangkang ini sekadar sebuah parti yang hanya tahu mengeluarkan kenyataan populis tapi tiada perlaksanaan, jauh sekali memberikan perkhidmatan terbaik dalam membela rakyat.

“Nasihat saya kepada mereka, bersihkan dahulu rumah anda sebelum nak keluarkan kenyataan populis anda, jangan nampak kebodohan mengeluarkan kenyataan, sehingga tak nampak dan tak paham apa yang mereka sendiri cadangkan atau perjuangkan.

“Nak tanya, calon PM pakatan tu sudah berapa lama menjadi PM, adakah dia sudah terlupa berapa lama dia memerintah sebelum ini,” tambahnya yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO.

Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, Pakatan Harapan (HARAPAN) bercadang mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada hanya dua penggal selain mengasingkan jawatan kenteri kewangan daripada portfolio perdana menteri.

Cadangan itu merupakan antara manifesto pakatan pembangkang sekiranya memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14. -MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana