CARI NEGARA LAIN JIKA TIDAK PUAS HATI DENGAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan yang memberi keadilan kepada semua kaum serta hak kebebasan beragama di negara ini perlu dipertahankan, malah sebarang cubaan untuk me­ngubahnya wajib ditentang.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad berkata, sehubungan itu, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang negara sejak sekian lama boleh mencari keadilan dan hak yang diinginkan mereka di negara lain.

“Kami menyeru rakyat supaya memelihara dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. Segala cubaan untuk memberi tafsiran atau mengelirukan serta me­ngubahnya wajib ditentang.

“Sekarang sesiapa yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan Persekutuan, mereka boleh cari negara lain yang sesuai untuk tinggal di sana,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Konvensyen Kebangkitan Ummah di sini hari ini.

Ahli-ahli panel terdiri daripada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kluster sosial); Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM); Ahmad Yazid Othman (kluster ekonomi) dan Ketua Lajnah Kajian Strategik Ittihad, Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (kluster undang-undang dan syariah).

Yang turut menjadi panel ialah Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Raof Hussin (kluster pendidikan); bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamed Sheikh Abdul Aziz (kluster dakwah); penyelidik sejarah dan penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Zaharah Sulaiman (kluster tanah rizab dan hak Melayu) dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) Muhammad Faizzudin Mohd. Zai (kluster belia dan anak muda).

Menurut Ismail, Perlembagaan Persekutuan dibentuk berdasarkan kearifan lokal iaitu realiti dan keadaan yang sesuai dengan geopolitik negara ini.

“Kearifan lokal ini yang perlu ditegaskan oleh parti-parti politik yang ada sekarang yang mana Perlembagan Persekutuan ini dibentuk selaras dengan maqasid syariah yang mementingkan soal keharmonian semua kaum.

“Sekarang ada pihak yang persoalkan Perlembagaan Persekutuan. Orang Melayu selaku kaum asal, kita kongsi hak kita kepada mereka tetapi mereka cuba nak rampas hak kita pula, Perdana Menteri pun mereka nak jadi cuma tak minta jadi raja sahaja,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pihak berkuasa agama perlu memantau agar kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tidak diresapi dengan elemen liberalisme dan agenda-agenda yang bercanggah dengan Islam.

“Pemantauan ini penting bagi memastikan pemikiran dan tindak tanduk mereka tidak menjurus kepada perkara yang menggugat negara bagi memelihara keselamatan masyarakat dan mempertahankan kesucian agama Islam,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana