BAGI PEMBANGKANG INTEGRITI TIADA MAKNA YANG PENTING KUASA – JAIS

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Mohd Jais Sarday melihat langkah mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai mengelirukan.

Ini kerana katanya wajah-wajah yang berada sepentas bersama Dr Mahathir bukan sahaja menghentam malah melontarkan pelbagai tohmahan sepanjang tokoh berkenaan menerajui negara sebelum ini dan berusaha agar Mahathir meletakkan jawatan.

“Cuba kita semak kembali ucapan-ucapan serta pelbagai lontaran pimpinan yang berada sepentas bersama Dr Mahathir hari ini. Mereka pada satu ketika dahulu sepanjang perjalanan pemerintahan Dr Mahathir sentiasa berbalah.

“Dr Mahathir tidak pernah setuju dengan Lim Kit Siang…Mohamad Sabu tidak pernah setuju sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam kerajaan…Begitu Juga dengan Guan Eng terhadap Dr Mahahthir…begitulah pimpinan mereka yang lain.

“Namun hari ini boleh pula bersetuju untuk mencalon kan Dr Mahathir sebagai bakal calon perdana menteri. Bukankah dulu mereka-mereka inilah sama-sama berusaha untuk menjatuhkan beliau. Inilah yang saya katakan sebagai mengelirukan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Pakatan Harapan semalam mengumumkan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRK-14).

Serentak itu, Jais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota mengingatkan agar rakyat tidak terkeliru dengan permainan politik golongan yang mementingkan kuasa semata-mata.

“Kalau kita bercakap soal integriti..di manakah integriti pimpinan mereka ini. Kita imbau sejarah dahulu yang mana pimpinan inilah yang lantang mempersoalkan integriti Dr Mahathir sepanjang pemerintahannya. Hari ini dimanakah integriti mereka?

“Apa yang penting rakyat jangan terkeliru. Mereka bercakap senang seolah-olah ingin memberi satu penyelesaian terhadap ekonomi negara sebagai contoh. Apakah hanya dengan menghapuskan GST? Takkanlah mahu menguruskan ekonomi negara sekadar ke arah itu.

“Jadi rakyat janganlah mudah terkeliru. Ini kerana dikhuatiri boleh menjejaskan apa yang telah dikecapi hari ini sekaligus merencatkan pelbagai usaha yang telah dilakukan dan akan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat serta negara,” ujarnya. -MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana