Azmin sedia beri laluan kepada Tun M tanding di Gombak...Berani ker Madey Ni?

Dulu adanya PAS beri undi kepada PKR....berani lagi Azmin bertanding...itulah sebabnya nak beri kepada Madey.Orang melayu memang tak suka kepada Madey...lagi lah.Madey pun tak berani nak ambil risiko.

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara terbuka mengumumkan beliau bersedia melepaskan kerusi Parlimen Gombak untuk ditandingi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
"Saya bersedia memberi laluan kepada Tun Dr Mahathir di parlimen Gombak sekiranya dipersetujui oleh PKR. Mari membingkai muafakat demi rakyat,” kata Azmin di akaun Twitter malam tadi.
 
Azmin menyandang kerusi Gombak sejak dua penggal lalu. 
 
Pada PRU12, beliau menumbangkan Datuk Said Anuar Said Ahmad dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 6,867 undi.
 
Menteri Besar Selangor itu sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada PRU13 dengan majoriti 4,734 undi.
 
PH pada minggu lalu mengumumkan keputusan sebulat suara menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan itu menang PRU ke14.
 
Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau mempertimbangkan tiga kerusi termasuk bekas parlimennya di Kubang Pasu, selain Langkawi dan Putrajaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana