APABILA PAKATAN IBARAT MENJILAT LUDAH SENDIRI

Pembangkang sentiasa mengatakan bahawa jika ia membentuk kerajaan baru, perkara pertama yang akan mereka lakukan ialah memastikan Tun Dr Mahathir dihukum atas kesalahannya. Sejak tahun 1998 pembangkang selalu mendakwa ia mempunyai bukti yang cukup untuk memaksa Dr Mahathir untuk dihadapkan ke mahkamah dan menghadapi perbicaraan diatas kesalahan dna salahguna kuasa kesalahan sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Cogan kata pembangkang sejak 20 tahun yang lalu adalah Malaysia perlu diselamatkan dan ini hanya akan berlaku jika Dr Mahathir digulingkan daripada tampuk pemerintahan. Dr Mahathir dikenalpasti sebagai puncanya dan jika puncanya tidak dihapuskan, maka punca segala kerosakan itu tidak boleh dikeluarkan. Akibatnya, timbul persepsi ramai yang bersatu menentang Dr Mahathir dan tidak bersatu di bawah Dr Mahathir.

Rakyat menyokong di belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau dianggap sebagai mangsa dan Dr Mahathir sebagai penyerang. Dan sebabnya dia menjadi mangsa, kata Anwar, adalah kerana beliau menentang penyalahgunaan kuasa Dr Mahathir serta mendedahkan kesalahannya. Hari ini, rakyat Malaysia diberitahu cerita yang berbeza dan bertentangan dengan apa yang mereka telah diberitahu selama 20 tahun yang lalu.

Bagaimanakah Pakatan menjelaskan dan mewajarkan ini selain mengatakan bahawa satu-satunya perkara yang terpenting adalah untuk menggulingkan Perdana Menteri tanpa mengira bagaimana ia dilakukan?

Salleh Syed Keruak

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana