Apa Nak Jadi Lah Dengan Dia Ni....Kenapa Perlu nak Dibanding Dengan Madey.

KANGAR 14 Jan. - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan tidak akan memohon maaf berikutan tindakannya yang dikatakan menghina dan menjadikan video Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenaka ketika memberi ceramah politik.

Katanya, dalam ucapan itu yang boleh disemak di YouTube mengenai perbandingan Sultan Pahang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bukan bermaksud menghina sebaliknya memuji di mana di dalam usia tua kedua-dua mereka masih boleh memimpin.

Malah katanya, beliau juga mendoakan agar Sultan Ahmad diberikan kesihatan yang baik untuk terus memimpin Pahang.

“Saya tidak akan meminta maaf kerana bukan menghina (Sultan Pahang),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sembang Santai bersama beliau di Kampung Syed Omar di sini hari ini.

Pemuda UMNO Pahang dalam satu kenyataan hari ini menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan.

Ketua Pemudanya, Mohd Shahar Abdullah dilaporkan berkata, tindakan itu jelas mencerminkan kebiadapan dan kecetekkan akal pemimpin pembangkang yang jelas tidak menghormati institusi diraja di negara ini.

Sebelum itu, video berdurasi 6.38 minit memaparkan ceramah politik Mahfuz bersama Pakatan Harapan yang antara isi kandungannya membandingkan antara Sultan Pahang dan Dr. Mahathir tular di laman media sosial.- UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana