Tindakan dalaman diambil terhadap MP BN tak hadir sidang Parlimen Isnin malam...- TPM Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kata tindakan dalaman telah diambil terhadap anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada persidangan Dewan Rakyat Isnin malam dimana kerajaan nyaris kalah undian belah bahagian.

"Yang penting kita menang tetapi sebenarnya saya telah ambil tindakan...tindakan dalaman. Saya telah menasihatkan mereka, mereka harus lebih serius hadiri persidangan," katanya.

Beliau nyatakan demikian kepada wartawan selepas melancarkan misi bantuan makanan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh di perkarangan Parlimen, Rabu.

Isnin malam lalu menyaksikan Rang Undang-Undang Perbekalan untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diluluskan selepas menerima 52 undian sokongan berbanding 51 undian bantahan.

Ini gara-gara ' perangkap' kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang memohon Speaker adakan undi belah bahagian setelah melibat Ahli Parlimen BN tidak ramai ada dalam dan lkuar dewan waktu itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana