SHAFIE APDAL HIPOKRIT, CUBA MENGHASUT – PBS

Dakwaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa pemimpin Kristian dalam Barisan Nasional (BN) di Sabah takut untuk menyuarakan tentang hak agama itu bersifat cuba memisahkan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM).

Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata ia bertujuan mengeksploitasi sensitiviti penganut Kristian dan menghasut mereka menentang BN.

Beliau berkata Mohd Shafie turut menamakan beberapa pemimpin Kristian daripada parti komponen BN yang dikatakan gagal melindungi agama mereka dan tidak menolak kerjasama UMNO serta PAS.

“Semua pemimpin KDM yang dinyatakan Mohd Shafie ialah individu yang secara terbuka mempertahan hak masyarakat Kristian di Sabah termasuk hak menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam terjemahan Bible bahasa Melayu dan penyembahan.

“Kerajaan BN telah mengakui tuntutan ini, jadi apa Mohd Shafie cuba katakan?” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai kerjasama PAS-UMNO, beliau berkata ia adalah hak mana-mana parti komponen BN untuk bekerjasama dengan parti bukan BN selagi ia tidak dilakukan untuk menentang gabungan parti sedia ada.

“Tambahan pula, kerjasama itu tidak rasmi dan PAS bukanlah ancaman kepada kita di Sabah, jadi mengapa kita perlu berhadapan dengan UMNO. Perdana menteri sendiri telah memberi jaminan kepada kita bahawa semua hak kita akan dihormati, malah hak yang terhakis akan dikembalikan,” katanya.

Mositun berkata PBS menentang penggunaan agama untuk kepentingan politik kerana ini akan memusnahkan budaya toleransi, saling menghormati dan penerimaan antara satu sama lain yang telah dibangunkan dan diamalkan rakyat Sabah selama ini.

“PBS tidak akan termakan ‘umpan’ Mohd Shafie. Dia hipokrit bukan kami. Sebelum ini beliau menegaskan bahawa BN menghormati hak orang Kristian di Sabah, tetapi kini beliau bercakap lain pula. Cabaran ekonomi dan keselamatan adalah keutamaan kami, bukan politik murah,” katanya.

Beliau berkata semua pemimpin Kristian di Sabah, kerajaan dan pembangkang telah sebulat suara dalam memelihara dan melindungi amalan dan hak keagamaan mereka, dan tidak masuk akal buat Mohd Shafie dan Parti Warisan Sabah beliau untuk berlagak sebagai pembela agama Kristian di Sabah. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana