Sedarlah Nurul Izzah Siapa Lawan Sebenar Bapa Anda

satu gambar membawa seribu satu makna. Begitu juga gambar PM dan isteri melawat Anwar Ibrahim di hospital yang mendapat 1001 reaksi berbeza dari segenap lapisan masyarakat.

Namun, jika dibandingkan keadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawan Tun Dr Mahathir Mohamad suatu masa dulu dengan ketika ini, menentang Datuk Seri Najib Razak, tentunya ada banyak bezanya.

Kalau masa lawan Mahathir, tidak pernah beliau dilihat menziarahi Anwar ketika bekas timbalannya itu masuk hospital. Yang kita nampak mata lebam Anwar ketika era lawan Mahathir.

Hari ini, Anwar tidak lagi bermata lebam dan ketika masuk hospital untuk rawatan, beliau terima lawatan  DS Najib. Malah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga ada menjenguk Anwar di hospital.

Justeru, anakanda Anwar terutama Nurul Izzah Anwar wajarlah untuk buka mata, fikir-fikirkan lah betapa berbezanya keadaan bapanya dalam era tentangan terhadap Mahathir dan Najib.

Itu belum termasuk kesanggupan DS Najib untuk meredah banjir di Pulau Pinang walaupun para pengundi di pulau mutiara itu secara majoritinya menyokong DAP.

Sedarlah Nurul Izzah, siapa lawan sebenar bapa anda walaupun kini Nurul Izzah boleh terima orang yang pernah menjatuhkan bapanya untuk bekerjasama demi kuasa dan survival politiknya.

rizalmansor

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana