RoS tolak dakwaan Mahathir....Sudah lah nak Wayang Plak

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kelewatan pendaftaran Pakatan Harapan disebabkan jabatan itu tidak memaklumkan lebih awal syarat yang perlu dipatuhi.

Sebaliknya, Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata permohonan pendaftaran gabungan itu masih diteliti secara menyeluruh susulan terdapat masalah pemilihan DAP sebelum ini dan terbaharu PPBM.

“Kita memang meneliti semua keadaan aspek secara menyeluruh sebelum meluluskan apa jua pertubuhan terutamanya parti politik, jadi dakwaan itu adalah tidak tepat.

“Parti politik mempunyai sokongan daripada rakyat, jadi kita kena pastikan apa yang mereka ingin perjuang menepati Perlembagaan Persekutuan,” katanya di Melaka hari ini.

Sebelum ini, pengerusi gabungan itu, Dr Mahathir dilaporkan berkata RoS tidak memaklumkan lebih awal kepada partinya mengenai syarat yang perlu dipatuhi sehingga menyebabkan kelewatan pendaftaran yang mungkin memberi kesan kepada pakatan pembangkang itu dalam PRU-14.

Pada Isnin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau tidak campur tangan dalam urusan RoS untuk meluluskan atau menolak pendaftaran Pakatan Harapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana