Pembangkang tak boleh terima hakikat kalah undi

Pembangkang seperti tidak boleh menerima hakikat apabila tidak berjaya menggagalkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui undian belah bahagian pada Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keadaan itu jelas terbukti apabila ahli-ahli Parlimen pembangkang telah menimbulkan kekecohan di dalam Dewan Rakyat walaupun Timbalan Speaker, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee telah memutuskan keputusan tersebut.

“Cubaan pembangkang untuk menggagalkan RUU itu melalui undian belah bahagian nyata tidak berjaya apabila anggaran perbelanjaan untuk kementerian tersebut telah diluluskan dengan majoriti mudah.

“Keputusan undi belah bahagian ini juga membuktikan sistem demokrasi di Dewan yang mulia ini terus subur dan perkara ini tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Ahli-ahli Parlimen perlu menghormati keputusan ini kerana proses ini dijalankan mengikut prosedur yang dibenar di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Saya percaya semua ahli Parlimen akan terus menjaga nama baik Dewan yang mulia ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Semalam, pembangkang membuat kejutan apabila menuntut undi belah bahagian selepas Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin selesai menjawab perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2018 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.

Cadangan undian itu diminta ahli Parlimen PKR G.Manivannan apabila menyedari bilangan ahli-ahli parlimen pembangkang lebih ramai berbanding ahli-ahli parlimen penyokong kerajaan.

Hasil daripada keputusan undian belah bahagian itu, seramai 52 bersetuju dengan bajet tersebut manakala 51 ahli parlimen tidak bersetuju dan dua lagi ahli parlimen dipercayai daripada PAS tidak mengundi.

Tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang itu dipercayai ‘perangkap’ untuk menggagalkan bajet bagi KPDNKK ekoran rasa tidak puas hati mereka terhadap isu kenaikan harga minyak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana