Pembangkang goyah, rakyat makin kuat sokong BN

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dijangka akan mengulangi kejayaan lebih cemerlang pada PRU14 akan datang.

Menurut Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee jangkaan itu didasari dengan keadaan pembangkang yang kini mengalami krisis keyakinan dan kecelaruan pakatan parti-parti pembangkang di dalam Pakatan Harapan.

"Pakatan pembangkang sekarang ini dilanda kecelaruan, perpecahan, meragui sesama sendiri dan rakyat turut menjadi keliru dengan masa depan pembangkang di negara ini," katanya dipetik menerusi blog.

Beliau menambah, walaupun Pakatan Harapan dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi sesama 'kepala' mereka jelas tidak sehaluan dan dilihat lebih banyak membuat keputusan untuk kepentingan kelompok tertentu.

"Inilah bezanya dengan Umno dan BN, matlamat perjuangan kita jelas, dan kita sentiasa bermuafakat sesama ahli komponen dengan tidak membelakangkan kepimpinan Najib selaku Pengerusi BN," tegasnya.

Justeru Syed Ali meramalkan Umno di bawah kepimpinan Najib tidak akan menempuh laluan berliku untuk mengekalkan kemenangan pada PRU14 dan para pemerhati melihat kejayaan akan menjadi lebih cemerlang berbanding keputusan PRU13.

"Sekarang ini, pembangkang sudah kehabisan isu untuk diputarbelitkan dan keadaan menjadi semakin bercelaru apabila sesama mereka jelas tidak sekata," katanya.

Kata Syed Ali lagi, gandingan mantap Najib dengan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi juga turut menjadi pemangkin kekuatan sokongan rakyat terutama di peringkat akar umbi terhadap UMNO.

"Kekuatan itu disokong pula dengan wala' tidak berbelah bagi daripada Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang turut menjalankan tugas sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas," katanya.

Tambah beliau lagi, rakyat terutama orang Melayu mula melihat Umno sebagai sebuah kesatuan politik yang unggul di bawah kepimpinan Najib yang pantas bergerak ke hadapan untuk masa depan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana