MPs DAP, PKR terkedu dibantai Noh

Wakil rakyat DAP, Datuk Ngeh Koo Ham terkelu lidah selepas gagal memberikan maklum balas kepada Tan Sri Noh Omar berhubung isu cukai tanah premium tinggi yang dikenakan kerajaan Selangor ke atas dua tapak untuk membina Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) di negeri itu.

Sebelum itu, suasana di Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila Koo Ham terus memutar belitkan hujah apabila diasak bertubu-tubi oleh Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Noh yang berang dengan putar belit Ahli Parlimen Beruas itu melontarkan persoalan sama ada terdapat kewajaran cukai premiun tanah adalah tinggi daripada harga kos pembinaan balai bomba.

“Saya nak tanya kepada beruas, adakah YB setuju. YB setuju ke tak? saya nak rekodkan.

“Saya nak tanya adakah DAP punya pendirian kalau nak buat balai bomba sanggup membayar premium mahal dan mengikut harga pasaran walaupun harga itu mahal daripada nak buat balai bomba. Setuju ke tidak? Kalau setuju kata setuju lah,” kata Noh ketika menggulung Bajet 2018 bagi kementeriannya di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Koo Ham yang bangkit sejurus itu tidak menjawab persoalan Noh, sebaliknya cuba mengelirukan Pengerusi BN Selangor itu.

Namun Noh memberi amaran atas tindakan itu.

“YB janganlah pusing cerita, ini bukan tanah kerajaan negeri, ini tanah yang disediakan oleh pemaju. Jadi janganlah kerajaan negeri hanya hendak untung atas angin,” katanya dengan nada marah.

Terdahulu, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mendakwa KPKT sengaja tidak membina dua BPP itu dengan menggunakan peruntukan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.

Tetapi Noh membidas Sivarasa yang sengaja mengelirukan Dewan Rakyat kerana tidak membaca habis akta itu.

“Bacalah habis ayat tu. Saya sudah lima kali baca ayat itu. Saya faham tetapi YB yang tak faham.

Keadaan terus menjadi hangat apabila ahli parlimen pembangkang lain seperti Teresa Kok cuba untuk mencelah sehingga menyebabkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan

Speaker kemudiannya memberi amaran kepada Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok dan Koo Ham supaya tidak membangkitkan isu sama atau berdepan dihalau dari keluar dewan.

Situasi itu memberikan peluang kepada Noh untuk menghabiskan pergulungannya dan diluluskan selepas mendapat persetujuan dalam Dewan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana