MANA HILANGNYA PERJUANGAN MAHATHIR – HISHAMMUDDIN

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan ke mana hilangnya perjuangan UMNO, Melayu dan Islam yang dilaungkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad lebih 22 tahun lalu.

Beliau berkata, apa yang dituding kepada pembangkang kini memakan diri Dr. Mahathir sendiri apabila negarawan itu bukan sahaja bersengkongkol dengan pembangkang bahkan cuba memimpin bekas musuhnya itu.

“Apa sudah jadi dengan hujahnya sebelum ini? Pasal perjuangan dalam UMNO, perjuangan untuk orang Melayu, perjuangan untuk tanahair, perjuangan untuk agama Islam, yang dituduh pembangkang lepas itu boleh duduk semeja

“Yang memimpin kita puluhan tahun, sekarang buat pusingan u berkali-kali sampai pening saya tengok. Ini tidak bermakna UMNO kuat,” katanya ketika berucap pada penutupan Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bersama sebahagian kepemimpinan UMNO melaungkan Hidup UMNO pada Majlis Penutup Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 19 NOVEMBER 2017
Hishammuddin juga mengingatkan pemimpin UMNO supaya tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang gemar memanipulasikan isu semata-mata mahu melaga-lagakan mereka.

“Kita tak perlu ikut rentak dan nada di luar, semakin dekat pilihan raya macam-macam isu mereka nak lagakan pemimpin kita

“Kejayaan demi kejayaan kita di kementerian dipandang lekeh oleh pembangkang,” tegasnya.

Beliau berkata lagi, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tiada masa lagi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya pemimpin bahagian dan akar umbi masih bertelagah soal jawatan dan pemilihan parti.

“Kita tiada masa lagi, kita tiada pilihan lagi, Takkan nak dengar di luar sana (pembangkang), tak mahu cakap pasal pembangkang.

“Saya nak tanya mereka ini pilihan alternatif ke? Berkecamuk sesama dia, matlamat menghalalkan cara,” katanya.

Sebaliknya katanya jentera dan akar umbi perlu terus diberikan semangat dengan menyemai pemikiran winning mentality bagi memastikan UMNO dan BN kekal relevan sebagai pemerintah di negara ini.

“Inilah masanya, sudah sampai masanya orang-orang UMNO berbanding bahagian ahli-ahli UMNO bangkit dengan semangat juang luar biasa untuk memastikan parti kita kekal relevan dan berada di atas landasan yang benar,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana