MAHATHIR DINASIHATKAN JANGAN TAMBAH DOSA DIHUJUNG USIA

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memperbanyakkan amal ibadat untuk dijadikan sebagai ‘bekalan akhirat’ daripada bersesak-sesak turun ke Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai calon, kata Ketua Umno Bahagian Selayang, Datuk Abdul Shukor Idrus.

Beliau berkata, beliau terbuka dan berbesar hati mahu menasihati Pengerusi Pakatan Harapan itu jika tiada mana-mana pihak yang mahu berbuat demikian.

“Jadi kalau tiada orang nasihat, biar saya yang nasihat (tapi) kalau tak nak dengar terpulang pada Tun. Kalau Tun dengar (nasihat ini) dalam usia Tun begitu tua, Tun patut tumpu keluarga (dan) ibadah.

“Tun sediakan untuk hari kemudian (akhirat) supaya kita sejahtera di dunia dan di akhirat.

“Saya kesian (dengan Tun M), saya tak tahu kenapa tiada orang memberikan pandangan atau nasihat kepada Tun. Atau Tun ni tak boleh makan nasihat?,” soal beliau.

Baru-baru ini, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman membayangkan bekas perdana menteri itu dijangkakan akan bertanding di Parlimen Putrajaya atau Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam pada itu, Shukor berkata dengan usia Mahathir hampir mencecah satu abad itu, adalah tidak elok beliau berceramah politik dengan menyebarkan fitnah kepada kerajaan.

“Dengan usia Tun (Dr Mahathir) yang begitu tua, saya kira kalau Tun tumpukan kepada keluarga, ibadah untuk menyediakan hari kemudian adalah lebih baik daripada Tun yang dah usia sebegitu tua Tun ke lapangan politik lagi kemudian Tun tabur fitnah, tambah dosa,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz juga pernah menasihatkan perkara yang sama kepada Mahathir. Beliau menyarankan Mahathir agar bertaubat dan kembali ke tikar sejadah apabila Mahathir sering mengecam parti Islam itu.

“Taring Tun Mahathir secara rasminya tercabut. Saya sarankan beliau banyakkan berada di tikar sejadah dan di hadapan Kaabah.

“Jika Tun kembali kepada Allah dengan taubat yang benar itulah sebaik-baik kehidupan di hujung hayat. Saya mendoakan,” katanya. –Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana