Mahathir cuba alih isu kelemahan pengurusan PPBM...

Kebergantungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat hanya kepada tiga orang tokoh sahaja dan bukan di atas dasar kekuatan parti kerana ia ditubuhkan adalah untuk menggantikan UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tiga tokoh tersebut ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tetapi...adakah Muhyiddin dan Mukhriz mempunyai ramai pengikut? Amat diragui. Situasi ini jauh berbeza semasa UMNO ditentang oleh Semangat 46 yang cuba untuk menggantikan UMNO.

"Ketika itu, hampir separuh anggota Kabinet kerajaan menyokong Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah dan akhirnya Semangat 46 'tutup kedai'. Apakah nasib PPBM tanpa Tun Mahathir?,"katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Mohd Puad, matlamat PPBM adalah untuk menggantikan UMNO, kerana itu perkataan Bersatu diletakkan dalam nama parti, warna merah menjadi pilihan dan mempunyai struktur yang sama, punyai bahagian dan cawangan.

"Mana datangnnya keahlian PPBM? Cuba curi ahli UMNO untuk masuk PPBM. Namun gagal. Tun Mahathir mengakui PPBM gagal mengadakan mesyuarat agung partu disaat UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung minggu hadapan.

"Tun Mahathir cuba untuk mengalihkan isu dengan pergi ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendapatkan jawapan mengapa Pakatan Harapan masih belum mendapat kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Macam mana nak lulus kalau komponennya masih dibelenggu masalah. Termasuh PPBM yang gagal mengadakan AGM," katanya.

Ujarnya lagi, masalah Tun Mahathir bermula apabila ditipu oleh Ketua Ketua Bahagian yang majoritinya adalah bekas pimpinan UMNO yang kehilangan pengaruh dan mencari tempat pergantungan baru.

"Bila disemak keahlian Bahagian PPBM, ada di kalangan ahli itu terkejut. Mereka mendakwa masih dan tetap ahli UMNO. Nama mereka didaftar tanpa pengetahuan si empunya diri. Kalau di Bahagian pun kelam kabut maka apatah lagi cawangan.

"Sebenarnya cawangan pun tidak wujud di kebanyakan Bahagian Bahagian PPBM.Itu belum di ambil kira cawangan sayap sayap, Serikandi atau Armada. Armada sendiri adalah sayap haram,"katanya.

Jadi apakah nasib PPBM tanpa tiga tokoh itu kerana jelas parti itu ditubuhkan hasil daripada orang-orang yang gagal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana