Kit Siang perlu 'pujuk' Mahathir isytihar harta

Ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang perlu 'memujuk' Pengerusi Pakatan Harapan Tun Mahathir Mohamad supaya mengisytiharkan hartanya serta harta anak-anak beliau.

Ini kerana cakap Kit Siang kini didengar Mahathir kerana bersama-sama dalam satu gabungan pembangkang.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwannddin Hamzah berkata, Mahathir mengalami sindrom ‘berdiam diri’ setiap kali menerima desakan supaya mengisytiharkan kekayaan dimiliki beliau dan anak-anaknya.

Beliau cuba lari daripada menjawab desakan itu walaupun datangnya daripada sayap pemuda parti sendiri, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

“Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah lama desak beliau dedahkan kekayaan dimiliki termasuk anak-anaknya sejak meninggalkan jawatan Perdana Menteri. Tetapi beliau senyap.

“Selama ini Mahathir suka mencari kesilapan orang lain, dakwa orang terlibat rasuah termasuklah kekayaan anak-anak pemimpin. Tetapi apabila desakan itu diajukan kepada beliau malah daripada Armada sendiri, tiada penjelasan diberikan,” katanya dipetik Utusan.

Azwanddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz baru-baru ini bahawa Mahathir tidak perlu menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk mengisytiharkan harta beliau kepada umum.

Nazri memberitahu, anak-anak Mahathir juga perlu mengisytiharkan harta mereka kerana rakyat ingin tahu kekayaan luar biasa bekas pemimpin negara itu dan keluarganya selepas tidak mentadbir negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana