KERAJAAN KELANTAN AKUI HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN PUSAT SEMAKIN BAIK

Kerajaan negeri Kelantan mengakui hubungan negeri tersebut dengan kerajaan Pusat semakin baik terutama selepas banjir teruk pada 2014, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik berkata dalam tempoh berkenaan, banyak kemajuan dicapai hasil hubungan berkenaan demi kebaikan rakyat, malah beliau turut mengakui banyak bantuan disalurkan kerajaan Pusat kepada Kelantan sejak dahulu hingga kini, lapor Berita Harian.

“Namun, beberapa isu perlu diatasi bagi memenuhi semangat Perlembagaan dan persekutuan negara, sekali gus merapatkan lagi hubungan Kelantan dan Pusat.

“Sebagai contoh, isu royalti (minyak) yang kini dalam proses mahkamah. Kelantan tidak pernah berputus asa selain berharap kerajaan Pusat dapat pertimbangkan perkara itu.

“Jika isu itu dapat diselesaikan secara baik, kita yakin lebih banyak kerjasama dapat dilakukan di antara Kelantan dan Pusat,” katanya dalam sidang DUN di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Menjawab soalan Azami Md Nor (PAS- Kadok) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, Mohd Amar juga dilaporkan berharap kerajaan Pusat dapat menyegerakan beberapa projek yang sudah diluluskan di negeri itu.

“Antaranya projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa dan pembinaan Hospital Bachok.

“Kita tidak mahu kerajaan Pusat mencampur aduk isu politik dalam bantuan berkenaan kerana kemudahan yang diberikan itu demi keselesaan rakyat,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana