Kenyataan PM Singapura tidak bertanggungjawab... - Khairy

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang mendakwa semakan keputusan tuntutan Malaysia ke atas Pedra Branca atau Pulau Batu Putih ada kaitan dengan pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan pada Isnin berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Hsien Loong merupakan tuduhan tidak bertanggungjawab dan sekaligus boleh merosakkan hubungan baik di antara Malaysia dan Singapura.

"Malaysia telah memfailkan permohonan berkenaan pada 2 Februari 2017 berdasarkan penemuan fakta baharu melalui tiga dokumen di dalam Arkib Negara United Kingdom pada 4 Ogos tahun lalu.

"Keputusan membuat permohonan yang dibuat dalam masa enam bulan selepas penemuan fakta baharu adalah hak yang diberikan dan dipatuhi oleh Malaysia. Permohonan ini merupakan permohonan kedua yang dibuat pada 30 Julai 2017 untuk mentafsirkan penghakiman bukan dibuat secara sambil lewa tanpa asas yang kukuh," katanya.

Tambah Khairy, memang mudah untuk meraih sokongan politik dengan membuat tuduhan negara lain seperti yang dilakukan  Hsien Loong  namun Malaysia yang merupakan negara berdaulat memandang serius isu kedaulatan sepanjang masa dan bukan semata-mata untuk meraih sokongan semasa pilihan raya atau konvensyen politik sahaja.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Hsien Loong bahawa Malaysia meminta mahkamah menkaji semula keputusan tuntutan Pulau Batu Putih kerana beranggapan masalah itu telah lama diselesaikan dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2008, yang memberikan Pedra Branca kepada Singapura.

“Saya fikir masalah itu telah lama diselesaikan lama dengan keputusan ICJ pada tahun 2008, yang memberikan Pedra Branca kepada Singapura. Tetapi Malaysia merujuk sekali lagi ke ICJ, meminta mahkamah untuk menafsirkan semula dan mengkaji semula penghakiman.

“Saya tidak pasti apa motif Malaysia tetapi Pilihan Raya Umum mereka tidak lama lagi, mungkin ada kaitan dengannya,” kata Hsien Loong  ketika berucap di Konvensyen PAP.

Pada Ogos lalu, negara jiran itu dikejutkan dengan keberangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merasmikan Pangkalan Maritim Abu Bakar di Batuan Tengah yang cuma 0.6 batu nautika dari Pulau Batu Puteh.

Kesediaan Sultan Johor hadir merasmikan pangkalan yang selesai dibina pada 29 Ogos 2016 lalu dan mengandungi dua bangunan konkrit, membuktikan kesungguhan baginda sendiri dalam isu tuntutan Batu Puteh.

“Projek ini, di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), bertujuan untuk melindungi kawasan kedaulatan dan perairan Malaysia serta bagi menjalankan kajian saintifik marin,” tulis Sultan Ibrahim dalam akaun Facebook rasmi baginda.

Ujar Sultan Johor, pangkalan moden itu juga demi “menegaskan lagi kedaulatan penuh Malaysia ke atas Batuan Tengah” yang terletak hanya 7.9 batu nautika dari pesisir Kota Tinggi berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Baginda mendedahkan pangkalan itu digunakan secara bersama oleh pelbagai agensi antaranya Jabatan Laut Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Paling menarik, terdapat kemudahan wakaf dan jeti bagi kegunaan nelayan tempatan untuk singgah atau berlindung sementara jika cuaca buruk ekoran aduan sebelum ini mereka diusir tentera Singapura jika berada di Batu Puteh.

Perasmian bersejarah pangkalan tersebut kebetulan diadakan lebih sebulan selepas Peguam Negara Malaysia memfailkan permohonan bagi meminta interpretasi di sebalik pertimbangan  ICJ berhubung kedaulatan Batu Puteh.

Ini menurut Malaysia, adalah “berasingan dan secara autonomi” berbanding satu lagi permohonan pada Februari lalu bagi meminta semakan keputusan ICJ yang diputuskan pada 23 Mei 2008 lalu.

Untuk rekod, Singapura menggelarkan Batuan Tengah sebagai Middle Rocks manakala Batu Puteh pula ialah Pedra Branca yang merupakan istilah bahasa Portugis sebagaimana dirujuk penjelajah Eropah itu sejak kurun ke-16.

Pangkalan baharu berdekatan Batu Puteh yang diserahkan kepada Singapura ekoran keputusan panel  ICJ pada 2008 itu, juga menarik minat netizen tempatan dan republik berkenaan sendiri.

Bayangkan, kemudahan yang merangkumi jeti sepanjang 316 meter, rumah api dan tapak pendaratan helikopter, menurut majalah pertahanan antarabangsa terkenal Defence Weekly, jauh lebih hebat daripada Batu Puteh sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana