Jangan Bagi Muka Lagi MAngkuk Ini!!!!! BN Perak buat laporan polis terhadap Nga Kor Ming

Barisan Nasional (BN) Perak dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Kor Ming kerana mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman dalam ceramah politik bersama masyarakat Cina di Kampung Simee 16 November lalu.

Ahli Jawatankuasa Pemuda BN Perak, Mohd. Fauzi Mohaidin berkata, tindakan Kor Ming itu amat biadab kerana menggelar Zambry dengan perkataan yang tidak sepatutnya berhubung isu Anugerah BrandLaureate yang diterima Zambry baru-baru ini.

Menurutnya, gelaran yang diberikan Kor Ming itu merupakan penghinaan terhadap pemimpin dan orang Melayu.

"Pemuda BN mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap Kor Ming kerana perbuatannya yang biadab termasuk penggunakan Akta Hasutan.

"Kita khuatir budaya menghina pemimpin ini akan menjadi virus kepada pembangkang," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh.

Antara NGO yang turut membuat laporan polis hari ini termasuk Parlimen Belia Malaysia, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Nadi Rakyat Malaysia negeri Perak, Majlis Belia Daerah Kinta, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Pemuda UMNO negeri.

Parlimen Belia Malaysia dalam laporan itu juga mengatakan bahawa tindakan Kor Ming yang mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman itu dilihat bertujuan untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan, Mohd Adri Adha Mohamad berkata tindakan wakil rakyat itu adalah biadap kerana melabelkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dengan makian berikutan penganugerahan BrandLaureatte yang diterimanya baru-baru ini.

"Sebagai seorang pemimpin, apa yang dilakukan oleh Kor Ming ini tidak wajar kerana beliau telah merosakkan imej pemimpin. Kita mahu Kor Ming minta maaf pada Sidang Dewan Undangan Negeri selain berbuat demikian secara terbuka,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi Malaysian Association Youth Club Perak, Muhammad Iqbal Dinzly Muhamad Saifuddin berkata kenyataan Kor Ming di khalayak ramai itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Kata-kata kesat itu menunjukkan teladan yang tidak baik, sedangkan sudah ada bukti bahawa tiada pembayaran dilakukan untuk anugerah kepada Dr Zambry oleh Brandlaureatte. Sehubungan itu, kami berharap polis mengambil tindakan secepat mungkin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana