Isu pendaftaran Pakatan Harapan: Salah sendiri kan....?

Satu dunia tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP ada masalah yang 'sendiri bikin'.

PPBM telah ditegur Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana guna nama 'Armada' untuk sayap Pemuda yang tidak ada dalam perlembagaan dan juga belum lagi adakan mesyuarat tahunan.

DAP pula sebelum ini diselubungi isu pemilihan semula Jawatankuasa Pusaty (CEC) dan baru  saja selesai adakan pemilihan itu.Namun setakat ini keputusan pemilihan semula itu belum lagi disahkan oleh ROS.

Di celah-celah ini kendengaran dakwaan kononya kelewetan pendaftaran PH disengajakan kerana sebab dan strategi politik BN.

Betulkah begitu???....sedangkan ada dua isu besar dalam dua parti gabungan PH.

Malah ROS sudah beri amaran pendaftaran PPBM boleh dibatalkan kerana langgar perlembagaan sendiri pasal Armada dan tidak buat mesyuarat tahunan.

DAP pula telah lama diberitahu oleh ROS supaya adakan pemilihan semula jawatan CEC.

Pada pagi Isnin...Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathiir Mohamad mengetuai bos-bos gabungan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim di pejabatnya di Putrajaya.

Hajat mereka untuk jumpa Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat kerana kebetulan beliau ada urusan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak waktu itu.

Turut serta bersama Dr Mahathir ialah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail,Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin,Presiden PAN Mohamad Sabu dan Tan Kok Wai dari DAP.

Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan itu Dr Mahathir kata mereka telah diberitahu oleh Ketua Setiausaha KDN bahawa sebab pendaftaran PH belum beres kerana ada masalah dengan parti Pribumi dan DAP.

Pelik juga dalam semua orang tahu masalah PPBM dan DAP...Pengerusi PH itu kata mereka kecewa kerana tidak diberitahu awal hal berkenaan.

Katanya jika diberitahu awal mereka akan cuba selesaikan dengan segera.

Dr Mahathir kata mereka harap pendaftaran PH dapat dibereskan segera.

Katanya jika kelulusan pendaftaran diberi seminggu atau dua minggu sebelum pilihanraya umum ke 14 diadakan tidak cukup masa.

Menurut beliau setakat ini hanya dua masalah itu saja yang lambatkan pendaftaran PH.

"Apa juga kehendak Kerajaan yang tidak berlanggar dengan undang-undang akan kami patuhi. Jadi sekarang kami tahu dua perkara dan kami bertanya juga sama ada perkara-perkara lain yang menyebabkan ROS tidak daftar parti kami. Setakat yang kami tahu tak ada apa,"katanya.

Katanya tujuan mereka datang ke KDN kerana nak nak tahu daripada Menteri apa sebabnya yang lewat sangat kerana lain-lain parti didaftar dengan lebih cepat.

Beliau mendakwa dulu semua parti didaftar dengan cepat."Tapi ini tak ada jawapan. Tak ada kata Yes or No dan kami berada dalam keadaan misteri. Tak faham apa dia yang kami buat yang salah. Kalau salah beritahulah.

"Dalam parlimen disebut oleh Timbalan Menteri dalam pertimbangan. Jadi dalam pertimbangan tentulah ada masalah tapi tak dijelas dalam parlimen. Kami nak tahu kerana kami nak tolong percepatkan urusan kerajaan.

Kami tak dapat jumpa Menteri, ini mengecewakan. Walaupun beliau tahu kami akan datang kerana hari ini semua presiden parti-parti dalam Pakatan Harapan akan datang pada hari ini tetapi Menteri mempunyai urusan lain.

"Kami diberitahu bahawa Menteri sedang berjumpa dengan Perdana Menteri. Itu perkara yang lebih besar daripada urusan Pakatan Harapan.

"Namun demikian kami dapat berjumpa dengan KSU dan kami ceritakan masalah kenapa kami datang,"katanya.

Ditanya apakah selepas ini ada cadangan untuk jumpa Zahid ...Dr Mahathir kata tidak.

Menurut beliau mereka akan timbang segala usaha untuk mendapatkan kelulusan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana