Dr Mahathir berdepan soalan dakwaan Anwar 'melancap lelaki'...masih main dalam semak

Mana agaknya Tun Dr Mahathir Mohamad nak lari dalam bab ini.Nampaknya ke mana saja bekas Perdana Menteri ini berdepan dengan soalan ini yang beliau jenuh terpaksa mengelak untuk beri jawapan yang semua orang nak dengar.

Jawapan itu cukup mudah, cuma antara ' ya atau tidak'.

Namun sejak masuk kem pembangkang,Pengerusi Pakatan Harapan ini terus menerus ' main dalam semak' pasal isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adalah tidak menghairankan Dr Mahathir dari dulu sentiasa mengambarkan dirinya sebagai orang yang berani hadir dalam mana-mana forum untuk bersemuka dengan orang ramai.

Cuma berani hadir dan berani jawab ialah dua hal yang berbeza.

Kata orang berani kerana benar.

Sebaliknya sebagai orang politik bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini tentu sedia maklum apa akibatnya jika beliau kata 'ya' yakni mengesahkan semula kata-kata dulu yang menyengatnya pasal salah laku moral Anwar hingga mendorongnya singkir bekas timbalannya itu.

Bayangkan isteri Anwar,Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden Pakatan Harapan dan PKR akan 'melompat'.

Begitu juga anak-anak Anwar Nurul Izzah dan lain-lain.

Itu belum lagi pimpinan PKR,DAP dan PAN jika beliau berani tanggung apa yang dikatanya dulu.

Mahu tidak mahu isu moral Anwar terus menerus menjadi 'hantu' yang akan buat siapa saja tertawa pada Dr Mahathir.

Ini setelah beliau buat U-Turn berpeluk mesra dengan Ketua Umum Pakatan Harapan yang masih dalam penjara kerana kesalahan meliwat.

Sebelum ini sudah beberapa kali dengan soalan ini berbangkit termasuk semasa program Nothing To Hide 2 di Shah Alam baru-baru ini yang kecoh.

Jawapan Dr Mahathir yang tidak memuaskan hati para hadirin ialah kisah lama tidak perlu dibangkitkan sebaliknya tumpu kepada usaha jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semasa sidang akhbar sebelum program berkenaan,beliau juga mengelak untuk jawap secara spesifik ketika wartawan Agendadaily bertanya mengenai kenyataannya tentang isu moral Anwar.

“ I stand by my statement at that time. At that time it was settled prevailing at that time. That was my response. Maybe next year I change my mind. Who knows.”,katanya yang tidak jawapan pendirian terkini beliau pasal itu.

Selasa malam Dr Mahathir berdepan lagi soalan pasal itu dalam program dailog bersama anak-anak muda di Petaling Jaya yang disertainya bersama Lim Kit Siang.

 Ada hadirin yang tembak terus soalan apakah beliau masih berpegang dengan dakwaan beliau bahawa Anwar telah 'melancapkan lelaki lain'.

Kisah ini bukan fitnah dan bukan cerita rekaan.

Ini merujuk kepada sidang akhbarnya yang turut dihadiri wartawan luar negara selepas memecat Anwar pada 1998 dimana beliau beritahu ada interbiu wanita yang adakan hubungan seks dan lelaki yang terlibat liwat dengannya dalam proses untuk siasat sendiri dakwaan itu.

Beliau sendiri cakap dalam sidang akhbar itu dari keterangan mereka bahawa bekas timbalannya bukan saja meliwat malah dalam proses itu ' melancapkan lelaki lain'.

"Orang seperti ini tidak boleh dibenarkan jadi pemimpin negara seperti Malaysia,"tegasnya.

Seperti dijangka Dr Mahathir terus main dalam semak tanpa jawab soalan itu secara langsung.

Beliau ulang cerita bagaimana mulanya tidak percaya laporan dari polis mengenai salah laku Anwar yang diterima tiga tahun sebelum pecatnya.

Begitu pada surat pasal hal sama dari Ummi Haflida yakni adik Datuk Seri Azmin Ali.

Dr Mahathir kata waktu itu beliau tidak arahkan polis bertindak sekalipun telah diberikan laporan teliti mengenai dakwaan itu.

Katanya setelah interbiu sendiri orang-orang yang terlibat mereka telah mengesahkan apa yang didakwa.

Bagaimanapun dakwa Dr Mahathir keputusan pecat Anwar dibuat oleh UMNO (mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO).

Juga dakwanya beliau tidak terlibat dalam tindakan polis keatas Anwar selepas itu.

Memetik kata Dr Mahathir sendiri : 'mestilah kamu tidak percaya'...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana