‘BUNGA RAYA’ LAYU, BAKAL GUGUR SEBELUM KEMBANG…

Sebelum ini, parti ‘cap bunga’ mewar-warkan kepada kita kononnya parti itu mendapat sambutan hangat, khususnya dari kalangan anak muda. Kononnya kerana terlebih laris hinggakan borang keahlian habis tidak sampai setengah jam.

Ada juga ‘macai-macai’ mereka yang menyebarkan gambar borang keahlian yang kononnya ‘banyak’ dan kaunter pendaftaran menyertai parti itu yang seolah-olah penuh sesak diserbu mereka yang mahu mendaftar diri.

Namun begitu, selepas setahun lebih parti itu ditubuhkan, maka kita dapat lihat dan nilai sendiri tentang apa sebenarnya yang berlaku. Jika sebelum ini cerita itu berkisar di kalangan akar umbi sahaja, akhirnya makin ramai yang mendedahkan ‘pekung’ dalam kelopak layu ‘bunga raya’.

Sehingga kini, jumlah sebenar keahlian parti ‘cap bunga’ itu masih kekal ‘misteri’. Biar pun dicabar berulang kali untuk mendedahkan jumlah sebenar ahli partinya, pucuk pimpinan parti itu tetap enggan memberitahu. Bagaikan ada sesuatu yang mereka sembunyikan…

Lebih setahun ditubuhkan, kita melihat semakin ramai yang meninggalkan parti ‘cap bunga’. Bukan saja akar umbi yang mengambil langkah tersebut, malah ramai pemimpin dan pengasas parti itu bertindak meletak jawatan serta merta keluar parti.

Jika dilihat pada trend tersebut, maka ia saling tak tumpah seperti apa yang pernah berlaku di dalam PKR suatu di awal penubuhan dahulu. Mereka yang dulu sanggup menjadi ‘benteng bernyawa’ mempertahankan Anwar Ibrahim, ramai yang tinggalkan ‘perjuangan’.

Penulis masih ingat beberapa pengasas, aktivis terkenal dan pemimpin reformasi mendedahkan bahawa antara faktor utama mereka meninggalkan PKR adalah kerana ia semata-mata perjuangan politik peribadi Anwar dan keluarga, tidak lebih dari itu.

Malah ramai di kalangan mereka yang mendakwa diri mereka tertipu dengan pengaruh pidato Anwar yang hebat dengan gaya retorik politik yang meyakinkan. Itu sememangnya normal kerana memang pengaruh Anwar agak besar ketika dia dipecat.

Hakikatnya, PKR pada usia pertama bertanding pilihan raya hanya mampu memperoleh satu kerusi Parlimen sahaja. Itupun di kubu kuat Anwar di Permatang Pauh. Jika tidak kerana segala budi yang Anwar tabur di situ ketika bersama UMNO, jangan haraplah dia boleh menang…

Rasionalnya, melihat pada apa yang berlaku pada PKR tersebut, ianya boleh dikatakan hampir sama dengan apa yang berlaku pada parti ‘cap bunga’, bukan? Malah mungkin masa depan yang lebih buruk bakal dihadapi oleh parti ‘jadi-jadian’ itu.

Kenapa? Kerana keahlian PKR terbuka kepada semua kaum, manakala keahlian ‘cap bunga’ pula untuk orang Melayu sahaja. Lagi pun, ketika PKR lahir, Melayu hanya pecah tiga sahaja sedangkan ketika ‘cap bunga’ ditubuhkan, Melayu sudah pecah lima. Nampak?

Maka mungkin kerana menyedari ahlinya terlalu sedikit dan mungkin kurang dari PAN, maka parti ‘cap bunga’ enggan dedahkan jumlah sebenar bilangan ahli mereka. Apatah lagi sudah ribuan ahli yang tinggalkan parti itu, maka lagilah mereka cuba sembunyikan…

Pada pandangan penulis, parti ‘cap bunga’ kini sedang compang-camping di sana-sini. Jika tidak diharamkan RoS pun, kelopak-kelopaknya bukan saja sudah layu, malah makin carik teruk dikeronyok oleh ahli sendiri yang sudah mula ‘tersedar’.

Ramai yang nampaknya sudah sedar agenda sebenar yang tersembunyi pemimpin utama parti tersebut. Siapa yang terpilih dan siapa pula yang hanya dipergunakan? Ramai yang rasa diperalat macam ‘pampers’, selepas dipakai mereka akan ‘terbuang’…

Apa yang jelas, perjuangan ‘cap bunga’ nampaknya bukan untuk rakyat, jauh sekali untuk negara. Kita pun dapat lihat siapa sebenarnya yang cuba ‘diselamatkan’ dan siapa pula yang hanya sanggup menjadi pekakas politik kepentingan peribadi.

Mungkin hanya yang makan ‘dedak’ saja yang masih ‘buta hati’. Mereka mungkin sedar apa yang berlaku dalam parti mereka. Hendak patah balik, risau dikutuk sahabat handai. Hendak keluar parti, takut tak dapat ‘dedak’. Maka terpaksalah bersama ‘cap bunga’.

Bagi mereka yang memahami dan kenal dengan corak catur politik ‘diktator’ itu, maka mereka akan dapat mengesan dengan mudah tentang apa yang berlaku. Tapi jika baru saja kenal politik, maka tidak hairan jika mereka terus jadi ‘macai pekakas’ dalam parti ‘cap bunga’. Terimalah hakikat…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana