Al-kisah 'main sorok-sorok' di Dewan Rakyat....

Ia ibarat macam budak-budak kain sorok-sorok.Nawaitu disebaliknya tidak lebih dari motif politik untuk cetuskan kontroversi dan buat bising saja.

Orang luar yang tidak begitu faham mengenai perjalanan sidang Dewan Rakyat mungkin terkejut dan tertanya-tanya apa sudah jadi pada BN di Dewan Rakyat gara-gara insiden Isnin malam.

Ini ekoran kehangatan proses undian belah bahagian selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin selesai menggulung perbahasan Bajet 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.

Semasa undian itu BN nyaris kalah bila hanya dapat 52 undi berbanding pembangkang 51.

Kini di Dewan Rakyat dari 222 Ahli Parlimen 132 terdiri dari BN manakala pembangkang 89 dan satu Bebas.

Dalam situasi biasa tidak mungkin BN akan kalah atau pun nyaris kalah pada mana-mana undian belah bahagian yang dibuat.

Buktinya...pada undian belah bahagian di peringkat dasar yang diadakan pada 13 November lalu keseluruhan Bajet 2018 sudah diluluskan.

Waktu itu undian 107 Ahli Parlimen BN jauh mengatasi blok pembangkang hanya mendapat undi 59 undi.

Seramai 11 lagi Ahli Parlimen PAS  mengambil sikap berkecuali.

Selepas diluluskan peringkat dasar Bajet 2018 melalui perbahasan peringkat jawatankuasa dimana satu demi satu bajet kementerian-kementerian perlu diluluskan.

Sudah lumrah semasa perbahasan-perbahasan diadakan bukan semua Ahli Parlimen berada dalam Dewan Rakyat.

Ini bukan saja melibatkan Ahli Parlimen BN tetapi juga pembangkang.

Ada yang diluar berehat di bilik VIP.Ada yang balik ke hotel dan ada yang ada urusan di luar dan sebagainya.

Ikut ceritanya pada Isnin malam puak pembangkang rupanya sudah mengintai jumlah Ahli Parlimen BN di dalam dan luar dewan tidak seramai macam biasa.

Melihat peluang ini Ahli Parlimen pembangkang melancarkan ' kejutan' meminta Timbalan Speaker Datuk Seri Dr Ronald Kiandee adakan undian belah bahagian selepas Hamzah selesai gulung perbahasan KPDNKK.

Mereka dipercayai yakin dengan ketiadaan ramai jumlah Ahli Parlimen BN waktu itu mereka boleh menang undian belah bahagian bagi menolak Bajet 2018 untuk KPDNKK.

Jika itu berlaku ia boleh memalukan kerajaan.

Lojiknya jika ada maklumat awal undian belah bahagian hendak diadakan sudah pasti semua Ahli Parlimen BN standby.

Lagipun undian belah bahagian peringkat jawatankuasa selepas perbahasan kementerian-kementerian memang jarang diadakan.

Ia lebih kepada taktik main sorok-sorok untuk buat kejutan.

Keputusan belah bahagian Isnin malam dengan hanya menang satu undi ini hampir mengulangi kejadian pada malam 15 Disember 2009.

Pada kejadian itu undian belah bahagian bagi bajet 2010 Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi peringkat jawatankuasa BN hanya menang satu undi sahaja.

Dengar cerita sebelum melancarkan kejutan malam 15 Disember itu puak pembangkang sudah mengintai jumlah kehadiran Ahli Parlimen BN.

Disebalik itu Ahli Parlimen pembangkang dikatakan cuba gambarkan jumlah mereka di dalam dan luar dewan ketika itu tidak ramai.

Juga ada cerita lawak bergelar berlegar.Ada dikalangan mereka dikatakan pura-pura keluar dari bangunan Parlimen sebelum ' dapat signal' untuk berpatah balik bagi hadir undian belah bahagian.

Ada juga yang dikatakan sengaja duduk dalam kereta di tempat letak kereta bangunan Parlimen.

Seorang Ahli Parlimen pembangkang dikatakan kelihatan mundar mandir tidak jauh dari bilik rehat Ahli Parlimen BN untuk anggar jumlah mereka.

Ini dikatakan  berlaku tidak lama sebelum rakan dalam dewan minta Speaker buat undian belah bahagian pada bajet KDN.

BN terselamat malam ini bila kebetulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir acara di Sentul tidak jauh dari bangunan Parlimen turut sempat berkejar masuk dewan sebelum undian diadakan.

Timbalan Perdana Menteri (waktu itu) Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bergegas ke Parlimen.

Sementara itu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abd Samad yang diminta mengulas ' perangkap' Ahli Parlimen pembangkang Isnin malam menyifatkan ia satu perkara yang luar biasa adalah apabila mereka  sengaja menolak Bajet 2018 peringkat jawatankuasa KPDNKK.

“Mereka ambil bahagian berbahas tetapi kemudian mahu menolak dengan undian belah bahagian. Ini (bermakna) bukan tidak setuju, tetapi (undian) tujuan politik,” katanya.

Mengulas kemungkinan langkah Ahli Parlimen pembangkang minta undi belah bahagian waktu bajet melibatkan KPDNKK itu kerana protes berikutan kenaikan harga minyak, Shahrir berkata, semua orang tahu bahawa kerajaan tidak kenakan cukai ke atas RON 95.

“Kerajaan tidak dapat cukai daripada RON95 kecuali RON97, itu pun digunakan oleh golongan yang berada. Saya tidak nampak sebab ini melainkan hanya tujuan politik pembangkang,” ujarnya.

Apapun bagi Shahrir walaupun keputusan undian hanya lebih satu undi, ia tetap dikira menang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana