Tun Mahathir 100 peratus salah, saya hanya ingin 'balik kampung' - Peter Bellew

PETALING JAYA: Peter Bellew menafikan dakwaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam isu peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Tegas beliau, tindakan meletak jawatan hanya kerana mahu pulang ke negara asalnya di Ireland dan bersama keluarga.

Menurut Bellew, ia sekali gus menunjukkan bahawa tiada campur tangan politik dalam isu peletakan jawatannya itu.

"Tuduhan Tun Dr Mahathir terhadap saya dalam tempoh 72 jam yang lalu adalah salah. Beliau adalah seratus peratus salah. Tiada siapa yang campur tangan sepanjang tempoh dua tahun ini. Tiada campur tangan sesiapa.

"Saya hanya mahu 'balik kampung', negaraku (Ireland). Kembali kepada orang yang saya sayang. Itu sahaja," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Justeru katanya, keputusan untuk pulang ke Ireland disifatkannya bukan satu misteri atau kontroversi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sementara itu, Bellew turut menyifatkan kritikan Tun Dr Mahathir terhadap kegagalan MAS dalam buku biografinya bertajuk A Doctor In The House sebenarnya mencerminkan diri bekas perdana menteri itu sendiri.

Tegasnya, MAB adalah syarikat penerbangan  yang istimewa dan menjadi simbol kemegahan negara.

Beliau juga berharap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB yang baharu dilantik, Kapten Izham Ismail dapat menjalankan tugas dengan baik demi masa depan MAB dan Malaysia khususnya.

Khamis lalu, Bellew mengumumkan peletakan jawatan selaku Ketua Pegawai Operasi MAB untuk kembali ke Ireland dan menyertai syarikat penerbangan Ryanair sebagai Ketua Pegawai Operasi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana