TIADA POS IMIGRESEN CHINA DI MCKIP, ORANG MALAYSIA BEBAS KELUAR MASUK, MAHATHIR MENIPU LAGI

MCKIP atau Malaysia China Kuantan Industrial Park adalah kawasan perindustrian baru dibuka di Kuantan. Seluas 3,000 ekar, ia bakal menempat syarikat-syarikat perindustrian yang akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini.

Kawasan perindustrian ini dimajukan oleh sebuah syarikat pemaju hartanah dari Malaysia dan ia adalah syarikat dari Malaysia juga, Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd yang memegang 51% ekuiti manakala baki 49% dipegang oleh Guangzhi Beibu Gulf Asean Investment dari China.

Setakat carian penulis, baru sebuah syarikat yang telah beroperasi di kawasan perindustrian ini iaitu Alliance Steel (M) Sdn Bhd.  Syarikat tersebut baru-baru ini mengiklankan kekosongan jawatan syarikat mereka di Jobstreet.com – yang tidak beroperasi di China.

Mahathir mendakwa kawasan ini tidak dibenarkan orang Malaysia untuk memasukinya dan konon semua pekerja adalah dari China seolahnya ada bahagian dalam negara ini yang telah digadaikan kepada negara China.  Ini untuk menyokong pembohongan Mahathir kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggadaikan negara ini kepada China.

Dakwaan ini ternyata tidak berasas sama sekali.  Bagaimana sebuah kawasan perindustrian yang dimiliki secara majoritinya oleh syarikat dari Malaysia, pemajunya pulak juga syarikat dari Malaysia tapi orang Malaysia tidak boleh masuk?  Lagipun, tidak ada pos imigresen negara China dikesan di kawasan tersebut sehingga nak dikatakan orang Malaysia tidak dibenarkan masuk.

Kalau orang Malaysia tak dibenarkan masuk, bagaimana pulak satu-satunya syarikat yang beroperasi dalam kawasan perindustrian tersebut mengiklankan kekosongan melalui portal mencari kerja di Malaysia dan ironinya, jawatan yang diiklankan itu ialah Eksekutif Sumber Manusia yang antara lain memerlukan calon tersebut mahir dengan undang-undang buruh di Malaysia!!!  Siapa pulak rakyat China yang  mahir dengan undang-undang buruh Malaysia?

Tapi itulah Mahathir, reputasinya sebagai penipu semakin terserlah dari hari ke hari.  Sudah tentulah “masuk” yang dimaksudkan ni bukan main redah bangunan orang begitu saja, nak kena ada kebenaran pemilik bangunan lah dulu.  Tapi ini benda biasa, Yayasan Kepimpinan Perdana pun bukan semua orang boleh redah masuk, tapi tak bermaksud ia milik negara asing.

Bodohkan Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana