Tangan ghaib punca dua pemimpin PPBM Perak letak jawatan....Tangan Ghaib Apabendanya

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak menerima tamparan hebat apabila dua pemimpin kanannya mengumumkan perletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa serta merta.

Selain dari itu kedua-duanya turut mendedahkan permasalahan yang menimpa parti pembangkang di Perak. Bahkan mereka berpendapat PPBM di Perak tidak sekuat mana.

Lebih terkesan dengan keputusan kedua-duanya  menyaksikan 200 ahli parti itu turut meletak jawatan dalam parti yang mereka dakwa  gara-gara wujudnya  `tangan ghaib’  yang menganggu kepimpinan sedia ada.

Bagaimanapun bekas pemimpin PPBM peringkat bahagian itu enggan menamakan “tangan ghaib” yang menjurus kepada keputusan drastic mereka itu.

Kedua-dua pemimpin terbabit, Ketua Penaja PPBM Bahagian Kuala Kangsar, Dul Hayati Baheran dan Ketua Bahagian PPBM Parlimen Parit, Rosli Ali masing-masing mengisytihar meletak jawatan berkuatkuasa hari ini.

Dul Hayati menyifatkan tangan ghaib itu sebagai satu usaha menganggu kepimpinan sedia ada selain cuba mengubah supaya sesuai dengan kehendak mereka sendiri yang dianggap tidak menepati kehendak parti berpaksikan pada kesetiaan dan kepercayaan.

``Saya tak nak bangkitkan apa dalam kelambu..saya nak bangkitkan bahawa ada usaha-usaha daripada  kalangan tertentu menganggu-gugat hal di peringkat bahagian…dan mereka cuba mengubah kepimpinan itu supaya sesuai dengan kehendak mereka.

``Ini yang dikatakan perkara yang tidak sesuai di dalam satu parti yang berpaksikan kepada kepercayaan dan kesetiaan…saya tidak percaya bukan kepada pusat..saya tidak percaya kepada kepimpinan parti di peringkat negeri.

``Di peringkat bahagian itu ramai berkehendakkan jawatan..berkehendakkan tempat jadi mreka ini berlumba-lumba dan menjatuhkan  dibantu oleh tangah ghaib,’’ katanya pada sidang media di Ipoh pada Khamis.     

Dul Hayati turut mempersoalkan kepimpinan baru PPBM Perak yang dianggap tidak cukup kuat untuk menjamin kemenangan Pakatan Harapan di negeri ini contohnya  dimana beliau tidak nampak gerak kerja dijalankan yang boleh menjamin kemenangan PH pada PRU ke-14 nanti.

``Untuk ketua bahagian tak ada ..yang ada untuk aktiviti Armana dengan Srikandi itupun tidak terlalu kerap sedangkan kita saya ingat hampir dalam dua bulan lagi masa kita ada ..tapi dalam bulan ni bukanlah senang mempengaruhi orang kampung.

``Contoh di tempat saya di Parit.. 100 peratus Melayu Kampung …jadi Melayu Kampung ni bukan senang bererti kita nak bersama dengan dia orang ..tapi nak bersama dengan orang kampung ni..seperti saya katakan pihak diatas diperingkat negeri tiada perancangan,’’ katanya

Menurut beliau di Perak ini diterjemahkan sebagai kawasan kritikal dari segi untuk mengubah kerajaan maka PPBM memerlukan kepimpinan yang kuat.

``Senario politik kini PPBM di Johor ada Muhyiddin, di Kedah ada Mukhriz tetapi di Perak ada satu orang pemimpin yang tidak cukup kuat untuk melengkapkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

`Di Perak ni kita ada DAP yang kuat..kita ada PKR juga kuat jadi kita perlukan kepimpinan yang kuat…kita harus ingat di mana-mana bahagian dan negeri sekalipun kita nak menang pertandingan.

``Saya nak kata bahawa apa yang ada pada hari ini tidak menjamin kemenangan  Pakatan Harapan di bumi Perak,’’ katanya.             

Dul ketika ditanya ditanya pemberita apakah langkah beliau selepas ini, katanya beliau masih percaya kepada PPBM dan mahu kekal sebagai ahli.

``Saya masih percaya pada PPBM dan tidak akan kembali pada UMNO,” katanya.

Rosli pula mendakwa terdapat usaha yang telah diatur  oleh tangan ghaib ini untuk mengantikan tempat beliau. 

``Ada seseorang yang telah `standby’ …mungkin yang telah diatur ataupun disusun untuk mengantikan tempat kita orang ni..tapi kita tak pasti ..kita tidak tuduh mana-mana pihak tapi ada.. bukan di kawasan kita sahaja….Kuala Kangsar dan Parit termasuk juga belah Larut, Lumut pun ada..tapi kita tak pasti.’’katanya.

Beliau mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ahli PPBM kerana merasakan parti itu seperti sudah hilang punca dan arah tujuan kerana wujudnya tangan ghaib ini.

``Setahun berlalu kami bersama PPBM dari peringkat awal penubuhan dibawah pimpinan yang diterajui Datuk Hamidah Osman selaku penyelaras PPBM Perak nampak menyakinkan namun kini ia seperti hilang arah.

``Tidak wujud semangat berpasukan dan kami menjadi terumbang ambing dan terbiar begitu sahaja malah kami sendiri tidak tahu apa yang berlaku dan apa yang harus kami lakukan sebagai Ketua Bahagian,” kata Ali.

Pada akhir sidang media Dul dan Ali berkata, mereka akan menyerahkan surat rasmi mengenai perletakkan jawatan itu kepada pucuk pimpinan PPBM dalam masa terdekat ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana