Shafie Afdal masuk hospital... dijangka direman petang ini

Tidak lama selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9 Khamis malam...Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dimasukkan ke Hospital Queen elizabeth II ekoran tekanan darah tinggi.

Sebelum itu beliau disoal siasat berkaitan kes seleweng dana Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak RM1.5 billion  di Sabah.

Shafie dimasukkan ke hospital itu jam 11 malam atas permohonan peguamnya..

SPRM dijangka memohon perintah tahanan reman ke atasnya petang ini bagi memudahkan siasatan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Shafie yang juga bekas menteri KKLW dipanggil beri keterangan kes itu  pada jam 5 petang.

Beliau tiba di Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur sebelum ke pejabat SPRM.

Ketika tIba di lapangan terbang Kota Kinabalu,Shafie kelihatan sihat semasa disambut oleh penyokong partinya.

Keterangan Shafie diperlukan kerana penyelewengan dalam agihan projek luar bandar di Sabah itu, dikesan berlaku di antara tahun 2009 hingga 2015, ketika beliau menteri KKLW.

Sebelum ini, dua adik Shafie, iaitu Hamid Apdal dan Datuk Yusof Apdal  turut ditahan reman oleh SPRM berhubung siasatan yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana