PERLEMBAGAAN PARTI TIDAK SAH. EXCO BERTARAF PENAJA..... PPBM TAKUT UNTUK ADAKAN PEMILIHAN

Bagaimana mahu memerintah sebuah negara, jika perlembagaan dan struktur pembentukan parti sendiri pun mereka gagal fahami... agak janggal apabila melihat beberapa orang anak muda yg mengaku kononnya mereka adalah EXCO ARMADA Parti PPBM tampil dalam satu pc khas mendakwa ARMADA adalah satu pertubuhan HARAM kerana tidak wujuk dalam perlembagaan PPBM, sekaligus menjadikan mereka sebagai EXCO HARAM...

Persoalan yg patut mereka fahami terlebjh dulu, bila sebenarnya PPBM telah adakan Mesyuarat Agong parti PPBM yg pertama? Bukankah semua jawatan yg ada sekarang hanya bertaraf penaja, yg mana semuanya diisi secara lantikan, belum pernah lagi melaluu proses pemilihan dalam parti?

Bilamana sesebuah parti itu masih berstatus penaja bermakna kewujudan parti PPBM itu sendiri belum boleh dianggap benar2 sah, walaupun pendaftarannya sudah diluluskan oleh ROS... malah perlembagaan parti sendiri pun belum boleh diterima pakai secara undang2...

Biasanya sesebuah parti hanya akan dikira sah dan diikhtiraf selepas selesai mengadakan mesyuarat agong pertama, yg mana akan dihadiri oleh ahli2 parti yg sudah disahkan keahlian mereka berdasarkan pendaftaran pada ROS...

Dalam mesyuarat agong pertama itu, akan diadakan juga pemilihan jawatankuasa tertinggi parti, yg akan melalui proses mencadang dan memilih, samada secara undian terbuka atau undi rahsia... mesyuarat agong pertama ini juga dianggap penting kerana di sini jugalah sesebuah perlembagaan parti akan dibentangkan, dibahas dan melalui proses undian bagi meluluskannya, sekaligus menjadikan ianya sebagai perlembagaan rasmi yg sah...

Perlembagaan parti yg sah sangat penting bagi sesebuah parti mahupun pertubuhan, apatah lagi jika parti tersebut mempunyai cita2 besar, termasuklah untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan yg memerintah sebuah negara... segala urus tadbir, perjalanan parti mesti berdasarkan perlembagaan parti yg sah... ia termasuklah menentukan bidang kuasa setiap jawatan di dalam parti, drpd pengerusi hingga ke pemeriksa kira2, syarat2 keahlian dan sebagainya... malah, jumlah yuran yg akan dikenakan ke atas setiap ahli juga akan diputuskan dan termaktub dalam perlembagaan...

Untuk mewujudkan apa juga bentuk cabang di dalam parti, seperti sayap ARMADA, Srikandi hingga ke peringkat mewujudkan jawatankuasa kecil dalam parti induk seperti cawangan dan bahagian, perlu melalui penggubalan dalam perlembagaan parti... ia dikira sebagai tidak sah selagi mana tidak digubal dalam perlembagaan...

Tidak dinafikan, untuk mengadakan sesebuah mesyuarat agong, ia bukanlah sesuatu yg mudah, bukan saja dari sudut teknikalnya, tetapi lebih penting lagi bagaimana untuk menguruskan persepsi umum, apatah lagi dalam mendepani senario politik semasa yg mencabar... risiko mengadakan mesyuarat agong memang wujud, boleh berlaku perpecahan dalaman ketika memilih barisan pimpinan parti malah kelemahan sesebuah parti akan mudah terserlah jika tidak dikendalikan dengan teratur...

Mungkin hal2 seperti ini kurang diberi perhatian oleh rakyat... namun ia tetap tidak boleh diketepikan, dan rakyat perlu mengetahui dan mengenali parti dan politik Malaysia, tidak sekadar menyokong secara membabi buta, tanpa ilmu...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana